Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463260
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIbrahim Abdullah, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNurul Amni binti Abdullah (P54360)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:20:10Z-
dc.date.available2023-09-25T09:20:10Z-
dc.date.issued2013-10-31-
dc.identifier.otherukmvital:74714-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463260-
dc.descriptionPenghasilan manik daripada bahan polimer, organik dan tak organik untuk pelbagai aplikasi industri seperti dalam pertukaran ion, kromatografi dan penyerap atau penjerap unsur logam dan pewarna dalam efluen semakin mendapat perhatian. Penyediaan dan pencirian manik aerogel komposit berasaskan getah asli terepoksida/polivinil klorida (ENR/PVC) berpengisi silika telah dikaji. Manik aerogel disediakan melalui teknik sol-gel dalam pelarut tetrahidrofuran (THF). Adunan matriks ENR/PVC yang digunakan mempunyai komposisi berat 60 % (ENR-50) dan 40 % (PVC). Silika wasap amorfus digunakan sebagai sumber pengisi dalam matriks ENR/PVC. Pembentukan manik komposit dikaji berdasarkan lima parameter iaitu jenis, kepekatan dan suhu larutan pemejal, kepekatan larutan polimer, ketinggian jatuhan dan kuantiti silika. Kuantiti silika divariasikan pada kadar 3, 5, 8, 10 dan 25 % berat. Campuran air-etil alkohol (50 % v/v) didapati menghasilkan manik yang mempunyai saiz dan bentuk yang sesuai. Pembentukan manik sfera ini adalah melalui proses pembalikan fasa secara pertukaran pelarut-bukan pelarut. Kewujudan ikatan Si-O-Si (siloksana) dan Si-OH (silanol) yang mengesahkan kehadiran silika dalam matriks ENR/PVC ditunjukkan oleh puncak serapan inframerah transformasi Fourier (FTIR) pada 475 cm-1, 950 cm-1 dan 1102 cm-1. Analisis morfologi permukaan manik menunjukkan keserasian antara kedua-dua polimer (ENR dan PVC) dan interaksi antaramuka yang kuat dengan pengisi silika. Rangkaian silika terbentuk pada penambahan serbuk silika sebanyak 25 % berat. Analisis termogravimetrik (TGA) menunjukkan berat residiu silika dalam matriks ENR/PVC meningkat dengan penambahan silika. Kajian reologi menunjukkan matriks ENR/PVC/Silika adalah bersifat pseudoplastik dan ricih-tipis dengan modulus simpanan lebih tinggi daripada modulus lesapan, serta berkadaran linear dengan frekuensi sudut. Peningkatan kelikatan kompleks dan kedua-dua jenis modulus adalah sejajar dengan penambahan silika. Penjerapan pewarna fenol merah (PR) dalam larutan akueus ke atas komposit manik ini seterusnya diuji secara teknik penjerapan kelompok pada 25±1°C menggunakan pengoncang berputar. Kesan masa pengacauan, kepekatan awal pewarna dan amaun penjerap ke atas kapasiti penjerapan dikaji. Kelakuan penjerapan PR ke atas manik dinilai daripada penyerapan spektrofotometer UV-Vis pada serapan maksimum 558 nm. Hampir 50 jam masa pengacauan didapati mencukupi untuk penjerapan mencapai keseimbangan. Data eksperimen dianalisis menggunakan model kinetik pseudo- tertib pertama dan pseudo- tertib kedua serta pemalar kadar dinilai. Model penjerapan Langmuir dan Freundlich digunakan untuk menerangkan isoterma keseimbangan dan menentukan pemalarnya. Kedua-dua model menepati data eksperimen dengan kapasiti jerapan 2.67 mg pewarna per g manik dan kecekapan penyingkiran 88.8 %. Kesimpulannya, manik aerogel ENR/PVC berpengisi silika didapati berpotensi sebagai penjerap untuk penyingkiran fenol merah daripada efluen.,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectManik aerogel-
dc.subjectGetah asli terepoksida/polivinil klorida (ENR/PVC)-
dc.subjectPenjerap pewarna-
dc.subjectAdsorption-
dc.titlePenyediaan manik aerogel komposit getah asli terepoksida/polivinil klorida (ENR/PVC) berpengisi silika sebagai penjerap pewarna-
dc.typetheses-
dc.format.pages131-
dc.identifier.callnoQD547.N846 2013-
dc.identifier.barcode000388-
dc.identifier.barcode000428-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74714+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.65 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.