Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462831
Title: Kesan disakarida terhadap sifat elektrokimia elektrolit polimer pepejal berasaskan kitosan
Authors: Nur Hani Ra'il (P98188)
Supervisor: Nadhratun Naiim Mobarak, Dr.
Keywords: Chitosan
Disaccharides
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Mar-2021
Description: Disakarida menunjukkan potensi untuk digunakan sebagai bahan pemplastik dalam aplikasi elektrolit polimer pepejal. Disakarida yang digunakan dalam kajian ini adalah sukrosa dan laktosa kerana kehadiran kumpulan berfungsi hidroksil (OH) yang banyak dimana ia mempunyai pasangan elektron terpencil yang mampu bertindak sebagai tapak aktif untuk berinteraksi dengan kation. Kesan disakarida terhadap sifat elektrokimia pepejal berasaskan kitosan telah dikaji. Elektrolit polimer pepejal berasaskan kitosan disediakan menggunakan teknik pengacauan larutan dengan peratusan disakarida yang berbeza (5 - 30 bt.%) dengan kehadiran 30% garam litium nitrat. Sebanyak enam filem elektrolit polimer bagi setiap disakarida yang terhasil diukur kekonduksiannya pada suhu bilik menggunakan spektroskopi impedans elektrokimia (EIS). Hasil penyelidikan mendapati 15 bt.% bagi kedua-dua jenis disakarida memberikan kekonduksian ion tertinggi. Kajian menunjukkan kekonduksian ion tertinggi dicapai oleh kitosan-laktosa-30% LiNO3 dengan nilai 5.99 x 10-4 S cm-1 berbanding kitosan-sukrosa-30% LiNO3 dengan nilai 5.91 x 10-4 S cm-1. Keputusan ini disokong oleh kekonduksian molar dimana nilai kitosan-laktosa-30% LiNO3 (0.601 S/cm mol-1) lebih tinggi berbanding nilai kitosan-sukrosa-30% LiNO3 (0.308 S/cm mol-1). Analisis LSV menunjukkan elektrolit polimer pepejal berasaskan kitosan ini memberikan kestabilan elektrokimia sehingga 3.12 V bagi sampel yang mengandungi sukrosa dan 3.55 V bagi sampel yang mengandungi laktosa. Analisis XRD menunjukkan pertambahan disakarida ke dalam sistem elektrolit polimer mampu meningkatkan kandungan fasa amorfus dalam elektrolit polimer pepejal. Hal ini menunjukkan penambahan kedua-dua jenis gula ke dalam sistem elektrolit polimer mampu meningkatkan fleksibiliti rantai molekul kitosan. Analisis teori fungsi ketumpatan (DFT) menggunakan perisian Gaussian 09 menunjukkan gabungan kitosan-disakarida mampu melemahkan ikatan hidrogen dalam rantaian molekul kitosan apabila dibandingkan dengan molekul kitosan. Spektrum FTIR membuktikan terdapat interaksi antara kitosan dan disakarida berdasarkan perubahan puncak pada kumpulan berfungsi hidroksil (OH) dan amina (NH). Dapatan kajian yang diperolehi ini menunjukkan disakarida sesuai digunakan sebagai bahan pemplastik dalam elektrolit polimer pepejal berasaskan kitosan kerana ia mampu meningkatkan fleksibiliti rantai molekul kitosan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kekonduksian dan penceraian ion.,Sarjana Sains
Pages: 110
Call Number: TP248.65.C55N846 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130747+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
535.37 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.