Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462828
Title: Kesan nanozarah wolastonit-magnet terhadap sifat superparamagnetik dan bioaktif untuk penambahbaikan tulang
Authors: Nor Hazirah Mohd Akhirudin (P88994)
Supervisor: Roslinda Shamsudin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Wolastonit
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Jan-2020
Description: Penggunaan bahan wolastonit (CaSiO3) sebagai implan tulang dan penggunaan bahan magemit (γ-Fe2O3) sebagai penghantar ubat merupakan perkara yang tidak asing lagi di dalam bidang perubatan. Namun begitu, dengan peningkatan teknologi kaedah rawatan tulang masih bergantung terhadap kaedah pembedahan yang mana menyebabkan kadar kebergantungan terhadap tulang sintetik semakin meningkat. Dalam kajian ini, CaSiO3 yang bersifat bioaktif dan γ-Fe2O3 yang bersifat superparamagnetik serta sebagai agen penghantar dicampurkan pada skala nanometer bagi kegunaan rawatan penambahbaikan tulang secara suntikan. Kajian dilakukan dengan menentukan menentukan nisbah peratus berat (% bt) nanozarah CaSiO3-γ-Fe2O3 yang optima dengan mengekalkan sifat superparamagnetik γ-Fe2O3 dan sifat kebioaktifan CaSiO3 melalui rendaman SBF. Peringkat awal kajian bermula dengan penyediaan bahan nanozarah CaSiO3 di mana ia disintesis secara sol-gel menggunakan tetraetilortosilikat (TEOS) dan kalsium nitrat tetrahidrat (Ca(NO3)2.4H2O). Manakala nanozarah γ-Fe2O3 disintesis secara pemendakan kimia menggunakan ferus klorida (FeCl2) dan ferik klorida (FeCl3). Kajian diteruskan dengan proses ikatan nanozarah CaSiO3-γ-Fe2O3 pada nisbah peratus berat (bt %) berbeza masing-masing pada 99:1, 97:3, 95:5, 93:7, dan 90:10 menggunakan asid sitrik sebagai bahan pengikat. Ujian kebioaktifan in-vitro dilakukan melalui rendaman ke dalam cecair simulasi badan (SBF) yang mempunyai kepekatan ion yang sama seperti plasma darah manusia pada kadar 1, 3 dan 5 hari. Pencirian VSM, FE-SEM, XRD, PSA dan FTIR telah digunakan sepanjang kerja makmal dilakukan. Hasil analisa sintesis mendapati kedua-dua bahan memiliki saiz nano dengan nilai 19.3 nm bagi γ-Fe2O3 dan 40.3 nm bagi CaSiO3. Didapati 95:5 bt % nanozarah CaSiO3-γ-Fe2O3 merupakan nisbah peratus berat paling optimum dengan mengekalkan sifat superparamagnetik γ-Fe2O3 serta mempunyai nilai pemagnetan tepu yang paling tinggi berbanding peratus berat yang lain. Manakala hasil ujian kebioaktifan mendapati pembentukan lapisan apatit di permukaan nanozarah CaSiO3- γ-Fe2O3 selepas hari ke-5 rendaman berbanding sampel sebelum rendaman yang tidak menunjukkan sebarang kehadiran lapisan apatit yang mana pertumbuhan apatit merujuk kepada sifat bioaktif bahan. Kesimpulannya, hasil kajian mendapati CaSiO3-γ-Fe2O3 yang merupakan alternatif biobahan baru dengan memiliki zarah bersaiz nano, berpotensi untuk digunakan secara suntikan dan dapat mengintegrasikan dengan tisu perumah bagi rawatan penambahbaikan tulang.,Sarjana Sains
Pages: 94
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130744+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.