Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462825
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAznan Fazli Ismail, Dr.-
dc.contributor.authorAhmad Hayaton Jamely Mohd Salehuddin (P90474)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:11:09Z-
dc.date.available2023-09-25T09:11:09Z-
dc.date.issued2020-11-30-
dc.identifier.otherukmvital:130742-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462825-
dc.descriptionTorium merupakan radionuklid tabii yang wujud dalam kerak bumi dengan kelimpahan empat kali ganda lebih tinggi berbanding uranium. Kebelakangan ini, permintaan terhadap torium semakin meningkat disebabkan ia berpotensi menjadi sumber alternatif bagi menggantikan uranium sebagai bahan api nuklear. Salah satu sumber utama torium ialah monazit, di mana kepekatannya dalam mineral tersebut adalah sekitar 6-12%. Kaedah utama pemulihan torium adalah melalui teknik pengekstrakan pelarut disebabkan proses penyediaan yang mudah, cepat dan kos yang effektif. Kajian sebelumnya mengekstrak torium dari monazit menggunakan agen pengekstrakan tributil fosfat (TBP). Walau bagaimanapun, TBP merupakan bahan kawalan dan sukar diperolehi dalam kuantiti yang banyak. Objektif utama bagi kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan pelarut alternatif iaitu D2EHPA dan Alikuat-336 untuk mengekstrak torium. mengkaji tahap ketulenan hablur torium oksida yang diperoleh dari fasa pelucutan optimum dan juga proses penentuan kos penghasilan torium dioksida yang diekstrak dari monazit. Sebatian pemula yang digunakan adalah campuran torium-nadir bumi hidroksida ([Th-RE](OH)4) yang di proses daripada monazit tempatan. Kesan pelbagai parameter untuk mengektrak torium seperti jenis asid (asid sulfurik, asid hidroklorik dan asid nitrik), molariti asid (1 M, 2 M, 4 M dan 6 M), nisbah kepekatan pelarut (10%, 20% D2EHPA dan 10%, 20% Alikuat-336) dan masa optimum bagi fasa pelucutan telah dikaji. Sampel [Th-RE](OH)4 telah dilarutkan ke dalam asid bagi membentuk larutan akues torium dan dicampurkan bersama pelarut organik. Campuran diaduk dan dibiarkan selama 15 min sebelum fasa akues dan organik dipisahkan. Kepekatan torium sebelum dan selepas pengekstrakan dianalisis menggunakan Spektrometri Jisim Plasma Gandingan Teraruh (ICP-MS). Seterusnya, penghasilan torium dioksida (ThO2) berketulenan tinggi dilakukan dengan mencampurkan larutan kaya torium dengan asid oksalik untuk menghasilkan mendakan torium oksalat (Th(C2O4)2). Mendakan (Th(C2O4)2) dipanaskan pada suhu 900 °C bagi menghasilkan ThO2. Serbuk ThO2 dicirikan menggunakan Analisis Termogravimetri (TGA), Analisis Belauan Sinar-X (XRD) dan Mikroskop Imbasan Pancaran tenaga Elektron (FESEM). Manakala, kajian anggaran kos penghasilan ThO2 ditentukan dengan mengambil kira faktor kos bahan mentah, kos tetap, kos peralatan dan juga kos pemprosesan. Hasil kajian mendapati kepekatan awal torium bagi kesemua asid yang diuji adalah pada 71.13 - 91.25 ppm (Th(SO4)2), 46.45 - 62.76 ppm (ThCl4) dan 47.83 - 52.77 ppm (Th(NO3)4). Selain itu, pengekstrakan torium yang optimum bagi kedua - dua pelarut masing - masing dicapai pada 99.50% (1 M (Th(SO4)2 ,20% D2EHPA) dan 99.41% (4 M (Th(NO3)4, 20% Alikuat-336). Sebanyak 97.78% dan 96.75% torium berjaya diasingkan dari fasa organik masing-masing menggunakan D2EHPA dan Alikuat-336. Fasa pembentukan hablur ThO2 mendapati ketulenan ThO2 telah dicapai pada 99.1% melalui fasa Alikuat-336. Penentuan anggaran kos pembentukan ThO2 dilakukan dengan mengambil kira pelarut Alikuat-336 disebabkan oleh kelebihan pelarut ini berbanding D2EHPA. Kos pengekstrakan 1kg ThO2 dianggarkan di dalam julat RM 926.55 - RM 1136.61. Oleh itu, kajian ini menyimpulkan ThO2 boleh diekstrak dari monazit menggunakan D2EHPA dan Alikuat-336. Namun, Alikuat-336 mempunyai fasa ketulenan yang lebih tinggi berbanding D2EHPA dengan anggaran kos penghasilan 1kg ThO2 kurang daripada RM 1200.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectTorium-
dc.subjectMonazit-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKajian kecekapan pengekstrakan torium menggunakan pelarut d2ehpa dan alikuat-336 serta penentuan kos penghasilan tho2 daripada monazit-
dc.typetheses-
dc.format.pages107-
dc.identifier.barcode006885(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130742+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.