Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462790
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShahrul Hisham Zainal Ariffin, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNur Akmal Mohamed Rozali (P68872)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:43Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:43Z-
dc.date.issued2017-01-11-
dc.identifier.otherukmvital:121737-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462790-
dc.descriptionPendekatan eksplan atau enzim sering digunakan untuk pemencilan sel primitif dari tisu spesifik; namun, kesan medium basal dan pendekatan pemencilan ke atas potensi pembezaan sel masih belum diketahui. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan medium basal dan pendekatan pemencilan yang paling optimum bagi mengekalkan potensi pembezaan sel pulpa gigi (DPC) mencit kepada osteoblas, osteoklas, kondrosit dan neuron. DPC yang dipencilkan secara eksplan atau pencernaan enzim dikulturkan sehingga pasaj empat dalam medium basal AMEM, DMEM, DMEM/F12 ataupun EMEM. Morfologi sel sepanjang pasaj diperhatikan dan kaedah RT-PCR digunakan untuk mengenalpasti identiti sel berdasarkan pengekspresan beberapa gen penanda sel primitif. Penyimpanan krio dilakukan ke atas sel pada pasaj empat menggunakan kepekatan serum yang berbeza dan kebolehambilan semula sel viabel selepas pencairan dan kebolehan proliferasi sel dianalisa menggunakan tripan biru dan asai MTT. Sel yang mempunyai kebolehan untuk berpoliferasi yang tinggi dalam basal medium yang sama dipilih untuk pembinaan lengkuk pertumbuhan sel dan analisis keupayaan pembezaan kepada osteoblas, osteoklas, kondrosit dan neuron. Pendekatan biokimia melalui asai enzim, morfologi dan pengaktifan penanda molekul telah digunakan untuk analisis sel sewaktu pembezaan. Hasil kajian mendapati bahawa hanya sel dalam kategori enzim-AMEM, enzim-DMEM, enzim-DMEM/F12, eksplan-AMEM dan eksplan-DMEM berjaya dikulturkan hingga ke pasaj empat. Morfologi sel pada kesemua kategori sel merupakan fibroblas dengan corak pengekspresan penanda molekul Cd13+, Cd29+, Cd105+, Cd146+, Cd166+, Cd34-, Cd150-. Sel boleh dibekukan dalam kepekatan serum sekurang-kurangnya 50% bagi sel enzim-DMEM, 70% untuk sel eksplan-DMEM dan 90% bagi sel enzim-AMEM, enzim-DMEM/F12, dan eksplan-AMEM. DPC selepas pembekuan menunjukkan morfologi dan pengekspresan penanda molekul yang sama seperti sebelum proses krio penyimpanan dan masih berupaya berproliferasi secara in vitro. Masa penggandaan paling singkat bagi sel enzim-DMEM dan eksplan-DMEM masing-masing adalah 11.68 ± 2.42 jam apabila dikulturkan pada ketumpatan 1x102 sel/cm2 dan 10.55 jam ± 0.50 apabila dikulturkan pada 1x103 sel/cm2. Pembezaan sel kepada osteoblas menunjukkan sel enzim-DMEM menghasilkan matriks berkalsium ~2 kali ganda lebih tinggi berbanding sel eksplan-DMEM. Analisis FTIR menunjukkan sel enzim-DMEM yang dibezakan kepada osteoblas mempunyai spektrum yang lebih kurang sama dengan kalvaria mencit dengan tahap mineralisasi yang lebih tinggi berbanding sel eksplan-DMEM. Hasil pembezaan sel kepada kondrosit juga menunjukkan perembesan matriks proteoglikan adalah ~2 kali ganda lebih banyak bagi sel enzim-DMEM berbanding sel eksplan-DMEM. Namun, kedua-dua jenis sel ini tidak dapat membeza kepada osteoklas dan neuron. Kesimpulannya, sel yang dipencilkan melalui pendekatan pencernaan enzim dan dikulturkan dalam DMEM yang ditambahkan 20% serum adalah medium yang terbaik untuk proliferasi dan pembezaan kepada osteoblas dan kondrosit. Sel ini tidak berupaya untuk membeza di luar asalannya kepada osteoklas ataupun membeza kepada neuron dalam medium tanpa serum serta telah dicirikan sebagai sel progenitor,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectDental Pulp-
dc.titlePenentuan medium dan pendekatan pemencilan optimum sel primitif pulpa gigi mencit untuk pembezaan kepada sel tulang kondrosit dan neuron-
dc.typetheses-
dc.format.pages156-
dc.identifier.callnoQP88.6.N833 2017 tesis-
dc.identifier.barcode003192 (2017)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121737+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.