Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462786
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Ambar Yarmo, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Nurul Hanisah Mohd (P73230) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:10:41Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:10:41Z | - |
dc.date.issued | 2017-08-14 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:121728 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462786 | - |
dc.description | Peningkatan kandungan gas karbon dioksida (CO2) di atmosfera menimbulkan pelbagai kesan seperti pemanasan global. Dalam kajian ini, penjerap pepejal aerogel berasaskan hablur nanoselulosa (NCC) dan NCC terubahsuai aminosilana untuk penjerapan CO2 telah dikaji. Parameter yang dikaji ialah jenis dan kepekatan aminosilana, komposisi NCC dan pelarut. NCC dalam kajian ini diperolehi daripada selulosa serabut tandan kosong kelapa sawit (TKKS) melalui proses hidrolisis menggunakan 60% larutan asid sulfurik (H2SO4). Kemudian, NCC diubahsuai dengan tiga jenis aminosilana dalam larutan air/etanol (80:20) (v/v) % selama tiga jam pada suhu 80 °C dan pH 4. Pengubahsuaian NCC dengan 3-(2-aminoetilamino) propil dimetoksimetilsilana (AEAPDMS) telah divariasikan pada nisbah NCC kepada AEAPDMS 1:1, 1:2, 1:3 dan 1:4 (bt./bt.) %, manakala NCC kepada N-(3-trimetoksisililpropil) dietilanatriamina (DET 3) dan 3-(aminopropil) trimetoksisilana (APTMS) telah disediakan pada nisbah 1:3 (w/w) %. Penyediaan aerogel dihasilkan melalui proses pengeringan sejuk-beku selepas sol-gel terbentuk. Pencirian sifat-sifat fizikokimia dan morfologi NCC, NCC terubahsuai dan aerogel telah dijalankan dengan menggunakan spektroskopi inframerah transformasi fourier (FTIR), analisis termogravimetri (TGA), pembelauan sinar-x (XRD), analisis unsur (CHNS), transmisi mikroskopi elektron (TEM), mikroskopi imbasan elektron (SEM) dan analisa permukaan. Analisis TEM membuktikan dimensi NCC adalah dalam skala nano, 173.0 ± 0.6 nm panjang, 9.0 ± 0.5 nm lebar dan 18.0 ± 0.2 nisbah aspek. Keputusan yang diperolehi menunjukkan NCC berjaya diubahsuai dengan aminosilana. Berdasarkan analisis FTIR, spektrum NCC yang diubahsuai menunjukkan munculnya puncak serapan baru yang tergolong dalam aminosilana iaitu puncak pembengkokan NH2, NH2 getaran dan Si-CH3, masing-masing pada 1600 cm-1, 798 cm-1 dan 1258 cm-1. Analisis TGA telah mengesan kestabilan terma NCC yang diubahsuai meningkat, manakala indeks penghabluran yang ditentukan melalui analisis XRD menurun, kesan daripada sifat amorfus aminosilana. Analisis FESEM menunjukkan aerogel NCC yang diubahsuai mempunyai lebih banyak liang selepas dihasilkan dalam pelarut etanol/t-butanol dan keputusan ini selari dengan pencirian penganalisa permukaan, dimana luas permukaan NCC-AEAPDMS meningkat daripada 9.6 cm2/g kepada 30.5 m2/g. Turutan prestasi penjerapan CO2 oleh penjerap aerogel ialah NCC-APTMS > NCC-AEAPDMS > NCC- DET 3 > NCC. Berdasarkan prestasi penjerapan ini dapat dijelaskan berlaku penjerapan fizikal dan kimia pada bahan penjerap aerogel. Penjerapan fizikal berlaku apabila aerogel NCC (2.36 cm3/g) masih dapat menjerap gas CO2 walaupun ketiadaan kumpulan amina. Selepas diubahsuai, NCC-APTMS mencatat sedikit peningkatan iaitu 4.35 cm3/g yang disebabkan oleh penambahan kumpulan aminosilana. Aerogel NCC-APTMS mempunyai nilai jerapan yang lebih tinggi berbanding aerogel NCC-AEAPDMS walaupun luas permukaan aerogel NCC-AEAPDMS lebih tinggi membuktikan berlaku penjerapan kimia. Berdasarkan semua jenis aminosilana, APTMS dengan rantaian yang lebih pendek lebih sesuai digunakan dalam penjerapan CO2 kerana kurang halangan sterik. Ini menunjukkan bahawa, aerogel NCC terubahsuai aminosilana berpotensi sebagai penjerap gas CO2 yang sederhana,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Colloids | - |
dc.subject | Cellulose nanocrystals | - |
dc.title | Penyediaan aerogel selulosa nanohablur (NCC) terfungsi untuk penjerapan karbon dioksida (CO2) | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 128 | - |
dc.identifier.callno | QD549.N846 2017 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003185 (2017) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121728+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.45 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.