Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462763
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMahanem Mat Noor, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorKhaidatul Akmar Kamaruzaman (P70774)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:29Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:29Z-
dc.date.issued2017-05-20
dc.identifier.otherukmvital:121062
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462763-
dc.descriptionGynura procumbens (GP) telah diamalkan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Objektif utama dalam kajian ini ialah untuk mengkaji kesan ekstrak akues GP (GPAE) terhadap aras glukosa darah, parameter kesuburan serta mengkaji protein profil sperma yang terekspres pada tikus jantan teraruh diabetes. Sebanyak 84 ekor tikus jantan Sprague Dawley digunakan dalam kajian ini dan dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu tiga kumpulan kawalan; kawalan normal, negatif dan positif serta tiga kumpulan perlakuan GPAE yang berlainan dos; 150 mg/kg, 300 mg/kg dan 450 mg/kg. Perlakuan diberikan secara suap paksa selama tujuh dan 14 hari berturut-turut. Tikus dikorbankan pada hari ke lapan dan 15 untuk analisis parameter kajian. Aras glukosa darah (FBG) bagi setiap kumpulan perlakuan, khususnya 450 mg/kg menunjukkan penurunan yang signifikan sehingga ke aras glukosa normal selepas kedua-dua tempoh rawatan berbanding kumpulan kawalan. Peningkatan yang signifikan terhadap kualiti sperma ditunjukkan dalam kumpulan perlakuan GPAE berbanding kawalan negatif dan positif, selepas rawatan tujuh dan 14 hari, khususnya dos 450 mg/kg. Kajian histologi testis kumpulan perlakuan menunjukkan pembaikan yang signifikan dengan kehadiran sperma yang padat dalam tubul seminiferus serta proses spermatogenesis yang teratur berbanding kawalan negatif dan positif. Analisis hormon menunjukkan aras hormon peluteinan (LH), hormon peransang folikel (FSH) serta hormon testosteron dalam kumpulan perlakuan meningkat secara signifikan berbanding kawalan negatif dan positif selepas tujuh dan 14 hari rawatan. Ujian libido untuk tempoh perlakuan tujuh dan 14 hari juga menunjukkan perlakuan GPAE pada dos 450 mg/kg meningkatkan bilangan frekuensi pemanjatan serta merendahkan tempoh masa pemanjatan pertama dengan signifikan berbanding kumpulan lain,. Ujian kesuburan menunjukkan bilangan fetus yang tinggi dalam kumpulan perlakuan berbanding kawalan negatif dan positif. Kajian lanjutan dijalankan bagi melihat protein sperma yang terkesan akibat perlakuan GPAE. Kajian proteomik sperma menunjukkan beberapa protein sperma yang terlibat dalam tapak jalan metabolisme mengalami peningkatan pengekspresan dalam kumpulan perlakuan berbanding kawalan negatif dan positif. Kesimpulannya, hasil kajian ini membuktikan bahawa GPAE mempunyai kesan anti-diabetik serta mampu bertindak sebagai agen kesuburan terhadap tikus jantan teraruh diabetes,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectMedicinal plants
dc.subjectCompositae
dc.subjectGynura procumbens
dc.titleKesan sambung nyawa (Gynura procumbens) terhadap aras glukosa darah dan kesuburan tikus jantan diabetes teraruh streptozotosin
dc.typetheses
dc.format.pages137
dc.identifier.callnoQK495.C74K483 2017 tesis
dc.identifier.barcode002956 (2017)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121062+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.