Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462762
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzizah binti Baharum @ Abd. Aziz, Dr.
dc.contributor.authorMohd Razi Mat Piah (P75978)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:29Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:29Z-
dc.date.issued2017-01-13
dc.identifier.otherukmvital:121054
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462762-
dc.descriptionBio-komposit getah asli/ polietilena berketumpatan tinggi (NR/HDPE/MK) telah dihasilkan melalui adunan leburan menggunakan pengadun dalaman (Haake Rheomix 600). Parameter pemprosesan optimum yang telah dikenal pasti adalah suhu 135⁰C, kelajuan rotor 45 rpm dan masa adunan 12 minit. Komposisi adunan optimum telah diperoleh pada pengadunan NR/HDPE/MK (40:60:20) dengan peningkatan nilai kekuatan regangan sebanyak 10.7% (12.4 MPa) lebih tinggi berbanding adunan NR/HDPE (11.2 MPa) tanpa pengisi. Walaupun begitu, nilai modulus regangan dan kekuatan hentaman masing-masing telah menunjukkan penurunan sebanyak 40.6% (377 MPa) dan 26.7% (17.2 kJ/m2) berbanding adunan NR/HDPE tanpa pengisi. Nilai modulus regangan hanya menunjukkan sedikit peningkatan semula setelah cecair getah asli terepoksida (LENR) digunakan sebagai ejen rawatan permukaan MK. Kepekatan rawatan LENR optimum telah diperoleh pada 5%wt/v dengan nilai modulus regangan meningkat sebanyak 16.2% (414.1 MPa) lebih tinggi berbanding bio-komposit NR/HDPE/MK tanpa rawatan LENR (377 MPa). Namun begitu, nilai kekuatan regangan pula menunjukkan penurunan sebanyak 20.4% (10.3 MPa) berbanding bio-komposit NR/HDPE/MK tanpa rawatan (12.4 MPa). Nilai kekuatan hentaman juga turut menurun sebanyak 19.4% (14.4 kJ/m2 ) lebih rendah berbanding bio-komposit NR/HDPE/MK tanpa rawatan (17.2 kJ/m2). Cecair getah asli (LNR) juga telah digunakan sebagai rawatan permukaan MK dan menunjukkan keputusan mekanik yang lebih baik berbanding rawatan LENR. Keputusan-keputusan ini telah disokong oleh pemeriksaan morfologi melalui FESEM dan mikroskop optik, analisis kestabilan terma melalui TGA dan DMA, penentuan taburan berat molekul melalui GPC, penentuan unsur melalui EDX dan penentuan kumpulan berfungsi melalui FTIR. Serabut mengkuang telah dikenal pasti memiliki nisbah luas bidang yang baik, permukaan kasar, dan strukturnya yang terdiri daripada mikroliang menyebabkan peningkatan perekatan mekanik dan daya lekatan di antara pengisi-matrik. Kesimpulannya, MK merupakan pengisi berpotensi digunakan dalam adunan NR/HDPE. Walaupun begitu, kaedah dan ejen rawatan yang sesuai perlu digunakan kerana MK mudah patah dan pecah disebabkan strukturnya yang terdiri daripada banyak mikroliang dan permukaan interlaminar yang nipis.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana (Sains Kimia)
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectPolyethylene
dc.titlePenyediaan dan penilaian sifat-sifat bio-komposit getah asli/polietilena berketumpatan tinggi/serabut mengkuang
dc.typetheses
dc.format.pages188
dc.identifier.callnoTP1180.P65M84774 2017 tesis
dc.identifier.barcode003074 (2017)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121054+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.