Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462757
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd. Nizam Mohd. Said, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Regina Mariah Jong (P76787) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:10:26Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:10:26Z | - |
dc.date.issued | 2017-05-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:121048 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462757 | - |
dc.description | Hutan Simpan Dara (HSD) adalah hutan primer yang tidak diganggu dan mempunyai dirian vegetasi asal. Ia adalah hutan perlindungan yang ditubuhkan di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) untuk tujuan kajian saintifik dan perlindungan sumber biodiversiti. Jumlah keluasan HSD di Semenanjung Malaysia menjadi semakin terhad disebabkan oleh tekanan pembangunan, ancaman aktiviti manusia dan perubahan alam sekitar. Sebagai langkah pemeliharaan, satu kajian saintifik telah dijalankan di tiga buah HSD terpilih untuk mendokumentasikan kepelbagaian flora pokok, menentukan ciri-ciri tanah dan kaitannya dengan taburan spesies pokok di dalam kawasan hutan asli tersebut. HSD-HSD yang terpilih ialah jenis hutan dipterokarpa tanah rendah di Kompartmen 138 Hutan Simpan (HS) Bintang Hijau (Perak), Kompartmen 4 HS Gunung Tebu (Terengganu) dan Kompartmen 24 HS Bukit Perangin (Kedah). Sebuah plot kajian berkeluasan satu hektar telah ditubuhkan di setiap HSD tersebut dan pokok-pokok berdiameter ≥10 cm telah dibanci dan dibuat pengecaman. Persampelan tanah juga telah dilaksanakan di dalam ketiga-tiga HSD pada kedalaman 0 - 20 cm. Komposisi flora pokok HS Gunung Tebu terdiri daripada 42 famili, 114 genus dan 180 spesies; HS Bukit Perangin mempunyai 38 famili, 75 genus dan 98 spesies; manakala HS Bintang Hijau memperlihatkan komposisi flora pokok daripada 31 famili, 66 genus dan 91 spesies. Famili terbesar yang direkodkan di HS Bintang Hijau ialah Meliaceae (sepuluh spesies) manakala Euphorbiaceae mempunyai 25 spesies dan lapan spesies masing-masing di HS Gunung Tebu dan HS Bukit Perangin. Euphorbiaceae juga merupakan famili terpadat dalam plot kajian di HS Gunung Tebu (84 individu/ha) dan HS Bintang Hijau (74 individu/ha) berbanding HS Bukit Perangin yang didominasi oleh Anacardiaceae (66 individu/ha). Jumlah keluasan pangkal pokok di HS Bintang Hijau adalah 28.28 m2/ha. HS Gunung Tebu dan HS Bukit Perangin masing-masing menunjukkan keluasan pangkal berjumlah 28.08m2/ha dan 25.78 m2/ha. Indeks Nilai Kepentingan (IVi) tertinggi pada peringkat famili di HS Bintang Hijau ialah Leguminosae dengan 16.37%. Famili Dipterocarpaceae pula mencatatkan nilai IVi tertinggi di HS Gunung Tebu dengan 14.84% dan HS Bukit Perangin dengan 20.34%. Melalui analisis ujian-t, didapati bahawa nilai Indeks Kepelbagaian Shannon di HS Gunung Tebu (H'=4.80) adalah berbeza secara signifikan (p<0.05) berbanding HS Bintang Hijau (H'=3.74) dan HS Bukit Perangin (H'=3.98). HS Gunung Tebu turut mempunyai Indeks Keseragaman Shannon (E') dan Indeks Kekayaan Margelef (DMG) tertinggi masing-masing pada nilai E'=0.926 dan DMG=28.79. Analisis tanah menunjukkan tekstur tanah yang berbeza dengan HS Bintang Hijau dan HS Gunung Tebu masing-masing bertekstur lom liat berpasir dan lom berpasir, manakala tanah di HS Bukit Perangin adalah jenis liat berpasir. Min peratusan bahan organik bagi ketiga-tiga HSD tersebut adalah berbeza dengan signifikan (p<0.05). Sifat-sifat kimia tanah juga adalah berbeza secara signifikan kecuali bagi nilai pH dan nitrogen-ammonium (NH4-N). Hasil Analisis Kesetaraan Nyahtren (Detrended Correspondence Analysis - DCA) dan Analisis Kesepadanan Kanonikal (Canonical Correspondence Analysis - CCA) menunjukkan bahawa taburan spesies pokok di ketiga-tiga HSD adalah berkait rapat dengan ciri-ciri tanah di kawasan kajian. Secara amnya, HSD-HSD di dalam kajian ini mempunyai komposisi flora yang unik, kepelbagaian dan kekayaan tinggi yang penting terhadap usaha pemeliharaan sumber biodiversiti negara.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Plant species diversity -- Malaysia | |
dc.subject | Forest reserves -- Malaysia | |
dc.title | Kepelbagaian komuniti pokok dan taburannya berkaitan dengan faktor tanah dalam tiga Hutan Simpan Dara (HSD) terpilih di Semenanjung Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 256 | |
dc.identifier.callno | QK980.R434 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003070 (2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121048+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.