Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462730
Title: Kepelbagaian herpetofauna dan kesan variasi reruang-masa terhadap kepelbagaian amfibia di Kuala Gandah, Pahang
Authors: Nurulhuda Zakaria (P48435)
Supervisor: Shukor Md Nor, Prof. Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Reptiles-Malaysia
Amphibians-Malaysia
Issue Date: 12-Jun-2012
Description: Kajian penilaian kesan variasi reruang dan masa terhadap himpunan komuniti herpetofauna di Kuala Gandah telah dijalankan selama 12 bulan bermula pada Ogos 2009 hingga Julai 2010. Dua kaedah pensampelan telah dipilih bagi penilaian komuniti herpetofauna iaitu pemasangan perangkap lubang berpagar bagi 14 transek garis dengan 9 lubang setiap satu di dalam kawasan plot berukuran 400 m x 400 m dan tangkapan penemuan visual (VES) di sepanjang anak sungai. Sebanyak 929 individu Amfibia daripada enam Famili, 14 Genus dan 24 spesies telah berjaya direkodkan. Bagi Reptilia, sebanyak 116 individu daripada tujuh Famili, 13 Genus dan 14 spesies telah berjaya disampel di kawasan kajian. Didapati kedua-dua kaedah pensampelan memberikan kejayaan penangkapan spesies herpetofauna yang berbeza.Kajian variasi reruang bagi komuniti katak daratan telah berjaya mengenalpasti parameter persekitaran yang mempengaruhi kelimpahan dan kekayaan spesies katak. Daripada Korelasi Pearson yang dijalankan, peratusan litupan kanopi (r = 0.579, n = 14, p = 0.030) dan jarak dari rentis manusia (r = 0.598, n = 14, p = 0.024) mempunyai kesan interaksi positif yang signifikan dengan kekayaan spesies manakala kelimpahan keseluruhan spesies katak mempunyai kesan interaksi positif yang signifikan dengan ketebalan sarap daun (r = 0.846, n = 14, p = 0.001). Analisis korelasi berasingan bagi kelimpahan setiap spesies katak daratan menunjukkan hanya sebahagian spesies katak mempunyai perhubungan yang signifikan dengan ketebalan sarap daun.Oleh itu, walaupun secara umumnya ketebalan sarap daun mempengaruhi kelimpahan katak daratan di lantai hutan, setiap spesies mempunyai gerak balas yang tersendiri terhadap keadaan persekitaran setempat. Bagi kajian variasi masa, katak daratan didapati lebih melimpah selepas akhir musim hujan (Januari-Mac) (Korelasi Pearson, r = 0.687, n = 12, p = 0.014) berbanding katak sungai yang lebih melimpah semasa musim hujan (November-Disember) (Korelasi Pearson, r = 0.897, n = 12, p = 0.001). Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kelimpahan spesies katak daratan merentasi bulan kajian (ANOVA, F = 2.037, df = 11, p = 0.001) dan dalam kelimpahan bulanan merentasi semua spesies (ANOVA, F = 9.674, df = 16, p = 0.001). Terdapat juga perbezaan yang signifikan bagi dua kelas umur katak daratan (dewasa dan juvenil) sepanjang 12 bulan kajian (ANOVA, F = 0.92, df = 11, p = 0.024). Faktor pembiakan dipercayai menentukan taburan dan kelimpahan spesies katak daratan dan katak sungai. Oleh kerana taburan Amfibia secara umumnya dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran setempat pada skala yang kecil, sebarang pelan pengurusan yang dicadangkan pada masa hadapan perlu mengambil kira kepentingan Amfibia sebagai salah satu komponen yang membentuk struktur komuniti di hutan tropika Kuala Gandah.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 204
Call Number: QL644.83.M4N846 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120723+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.39 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.