Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462714
Title: Kajian pencemaran residu pestisid terpilih dalam tanah dan air di kawasan Skim Pengairan Muda, Kedah, Malaysia
Authors: Khairatul Azmah Mohamed (P41314)
Supervisor: Ismail Sahid, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Pesticides -- Environmental aspects
Issue Date: 19-Mar-2012
Description: tanah liat berkelodak dari kawasan pertanian Skim Pengairan Muda, Kedah telah dijalankan secara lapangan dan dalam makmal. Kajian makmal meliputi kajian perolehan semula, penjerapan dan turus tanah. Kajian kekekalan molinat, karbofuran dan propikonazol di bawah keadaan lapangan telah dijalankan di plot eksperimen dalam kawasan Skim Pengairan Muda, Kedah. Plot eksperimen ini mengamalkan amalan air tidak dikitar semula dan telah ditanam dengan Oryza sativa (MR219) sepanjang kajian dijalankan. Kajian lapangan ini meliputi empat musim penanaman iaitu musim penanaman padi luar musim 2007 dan musim penanaman padi utama 2007/2008 bagi pestisid molinat dan karbofuran manakala kekekalan propikonazol dalam tanah liat berkelodak di bawah keadaan lapangan telah dijalankan pada musim penanaman padi luar musim 2008 dan musim penanaman padi utama 2008/2009. Peratusan perolehan semula pestisid molinat, karbofuran dan propikonazol dalam matriks tanah adalah sekitar 85.22-112.37%. Manakala peratusan perolehan semula pestisid molinat, karbofuran dan propikonazol dalam medium air adalah sekitar 79.63- 116.82%. Nilai Kd bagi molinat, karbofuran dan propikonazol masing-masing ialah 10.222 L/kg, 6.596 L/kg dan 52.94 L/kg. Ini menunjukkan propikonazol terjerap lebih kuat pada tanah berbanding dengan karbofuran dan molinat. Bagi kajian turus tanah pula, residu molinat (<1.0 ng/mL), karbofuran (<3.2 ng/mL) dan propikonazol (<0.1 ng/mL) tidak dikesan dalam air larut resap yang diambil sepanjang kajian dijalankan. Ini membuktikan pestisid molinat, karbofuran dan propikonazol mempunyai mobiliti yang rendah dalam tanah liat berkelodak. Julat kepekatan residu molinat, karbofuran dan propikonazol dalam tanah masing-masing adalah sekitar <0.03-0.95 mg/kg, <0.05 mg/kg-1.81 mg/kg dan <0.03-0.73 mg/kg pada musim penanaman padi luar musim. Bagi musim penanaman padi utama pula, julat kepekatan residu molinat, karbofuran dan propikonazol dalam tanah masing-masing ialah sekitar <0.03-0.43 mg/kg, <0.05- 0.37 mg/kg dan 0.03-0.70 mg/kg. Julat nilai separuh hayat bagi molinat, karbofuran dan propikonazol dalam tanah masing-masing ialah 8.34-68.63 hari, 6.78-59.24 hari dan 31.65-86.64 hari dengan nilai separuh hayat ketiga-tiga pestisid kajian pada musim penanaman padi utama adalah lebih panjang berbanding dengan nilai separuh hayat pestisid yang dicatatkan pada musim penanaman padi luar musim. Julat kepekatan residu molinat, karbofuran dan propikonazol dalam air permukaan adalah sekitar <1.0-130.2 ng/mL, <3.2-2832.71 ng/mL dan <0.1-6.31 ng/mL bagi musim penanaman padi luar musim dan musim utama. Nilai separuh hayat molinat (1.02-2.52 hari) dan propikonazol (4.98-6.61 hari) didapati lebih panjang pada musim penanaman padi utama berbanding dengan musim penanaman padi luar musim. Nilai separuh hayat karbofuran (0.37-2.07 hari) pula didapati lebih lama bagi pada musim penanaman padi luar musim berbanding dengan musim penanaman padi utama. Melalui kajian lapangan ini, didapati propikonazol kekal lama dalam matriks tanah dan air permukaan berbanding dengan molinat dan karbofuran.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 166
Call Number: QH545.P4K483 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120446+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
41.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.