Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462711
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ibrahim Abdullah, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Suhawati Ibrahim (P51360) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:10:04Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:10:04Z | - |
dc.date.issued | 2012-02-19 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120439 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462711 | - |
dc.description | Pendegradasian getah asli (NR) bagi memperolehi berat molekul lebih rendah boleh mempelbagaikan kegunaannya dalam industri. Pendegradasian kimia ke atas lateks NR bagi menghasilkan getah asli cecair (LNR) telah dilakukan menggunakan hidrogen peroksida (H2O2) dan natrium nitrit (NaNO2) sebagai reagen. Struktur kimia LNR yang terhasil didapati dipengaruhi oleh pH tindak balas. Mekanisme tindak balas didapati berbeza dalam keadaan asid dan alkali akibat daripada H2O2 dan NaNO2 bertindak balas membentuk asid peroksinitrit dalam larutan berasid, tetapi tidak bertindak balas dalam larutan beralkali. Pendegradasian dalam larutan berasid dimulai oleh radikal OH dari penguraian asid peroksinitrit menghasilkan LNR berkumpulan hujung hidroksil. Dalam larutan beralkali pendegradasian berlaku melalui tindak balas redoks menghasilkan LNR berkumpulan hujung karbonil. Suhu tindak balas didapati memberikan pengaruh yang lebih besar bagi pendegradasian dalam larutan berasid berbanding larutan beralkali, dimana 70o C merupakan suhu optimum tindak balas. Penggunaan suhu yang lebih tinggi akan menyebabkan penyahstabilan lateks. Nisbah mol reagen H2O2/NaNO2 sebanyak 0.2/0.2 didapati telah menghasilkan LNR dengan nilai poliserakan dan kandungan gel yang paling minimum. Penggunaan mol reagen yang lebih tinggi akan menghasilkan Mn lebih rendah, tetapi nilai poliserakan dan kandungan gel didapati meningkat dengan ketara, manakala nisbah mol yang lebih rendah menghasilkan Mn yang tinggi. Pendegradasian didapati berlaku dengan pantas pada peringkat awal tempoh tindak balas dan hampir malar selepas 24 jam. Lateks LNR yang dihasilkan pada pH 7.0, 8.0 dan 9.0 didapati mengalami perubahan kelikatan, berat molekul dan struktur kimia bila disimpan pada suhu bilik, tetapi tidak ketara bagi LNR yang disediakan dalam larutan berasid. Perubahan ini disebabkan oleh kumpulan karbonil pada rantai LNR telah mengalami tindak balas kondensasi aldol. LNR berkumpulan hujung hidroksil pula telah ditindak balas dengan 4,4- metilena difenil diisosianat (MDI) dengan kehadiran pemangkin dan air bagi menghasilkan busa lentur poliuretana. Produk menunjukkan sifat kekuatan mampatan yang tinggi dan stabil pada suhu tinggi dan rendah yang lampau,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Polyurethanes | - |
dc.subject | Polymers-Biodegradation | - |
dc.subject | Latex-Biotechnology | - |
dc.title | Penyediaan getah asli cecair secara pendegradasian kimia lateks getah asli dan penggunaannya dalam penyediaan poliuretana | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 92 | - |
dc.identifier.callno | TP1180.P8S845 | - |
dc.identifier.barcode | 002822(2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120439+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 723.79 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.