Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462678
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJoy Jacqueline Pereira, Prof. Dr.
dc.contributor.authorNorazura Burham (P51434)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:49Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:49Z-
dc.date.issued2014-01-07
dc.identifier.otherukmvital:119328
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462678-
dc.descriptionOrang awam sering memandang perubahan iklim hanyalah satu topik yang tidak memberi kesan terhadap kehidupan mereka Namun, kajian menunjukkan bahawa perubahan iklim mampu memberi kesan kepada penghidupan manusia jika tiada langkah diambil untuk mengadaptasi kesan perubahan iklim. Perubahan iklim dapat dikesan melalui perubahan suhu daratan dan lautan, kenaikan paras air laut, kerpasan dan fenomena cuaca ekstrem. Kenaikan suhu lautan menyebabkan pengembangan terma dan menyumbang di dalam peningkatan paras air laut. Pengembangan terma mengakibatkan ketumpatan lautan berkurangan manakala isipadunya meningkat. Kenaikan suhu daratan di kawasan kriosfera seperti glasier dan kawasan litupan ais juga memainkan peranan dalam peningkatan isipadu lautan akibat pencairan ais. Selain itu, peningkatan suhu permukaan laut turut dikaitkan dengan peningkatan kekerapan dan kekuatan kejadian siklon tropika. Antara kesan langsung siklon tropika adalah luruan ribut yang berlaku di sepanjang laluan siklon terutama berhampiran pantai dan delta. Oleh itu, peningkatan paras air laut dan luruan ribut memberi ancaman kepada pulau-pulau, pantai dan delta di seluruh dunia. Pelabuhan Klang menjadi tumpuan kajian disebabkan statusnya sebagai pelabuhan yang penting di Selat Melaka. Ia terletak di bahagian tengah pantai barat Semenanjung Malaysia. Ia merupakan hub perdagangan utama yang menyaksikan peningkatan bilangan kapal setiap tahun yang menggunakan kemudahan yang terdapat di situ. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti corak perubahan iklim yang berlaku di Pelabuhan Klang khususnya yang berkaitan dengan kadar kenaikan paras air laut dan kejadian luruan ribut serta kesan implikasi sosioekonomi yang berpotensi di kawasan kajian. Di dalam kajian ini, metodologi yang digunakan melibatkan kajian literatur, pengumpulan data sekunder serta data primer melalui hasil kerja lapangan dan pemetaan. Selain itu, satu kajian kes telah dilakukan di Bagan Hailam, Pelabuhan Klang untuk menganggarkan kos kerugian yang akan dialami di kawasan tersebut kesan kenaikan paras air laut. Luruan ribut yang disebabkan oleh siklon tropika dijangka tidak berlaku di Pelabuhan Klang. Sekiranya air laut dijangka naik setinggi 1 meter, kawasan terbesar yang terancam adalah merupakan kawasan hijau di kawasan kajian. Anggaran kos kerugian aset-aset yang terpaksa ditinggalkan sekiranya kawasan Bagan Hailam mengalami kesan akibat kenaikan paras air laut adalah RM 4.99 juta. Aset-aset tersebut adalah rumah, tokong, restoran, jeti, bot dan jalan raya yang kecil. Anggaran kos kerugian ini boleh menjadi lebih besar sekiranya kesan kenaikan paras air laut memaksa kawasan yang lebih luas terpaksa ditinggalkan sekiranya tiada tindakan pencegahan dilakukan pada masa sekarang. Kajian ini juga menyarankan kawasan semulajadi seperti hutan paya bakau yang terdapat di Pelabuhan Klang dan pulau-pulau sebagai langkah penyesuaian adaptasi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectParas air laut
dc.subjectSea level -- Port Klang (Malaysia)
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesan jangkaan kenaikan paras air laut di Pelabuhan Klang
dc.typetheses
dc.format.pages84
dc.identifier.callnoGC90.M4N646 2014 tesis
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119328+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.