Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462676
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIsmail Sahid, Prof. Dato' Dr.-
dc.contributor.authorAzimah Abd. Kadir (P48232)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:48Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:48Z-
dc.date.issued2012-09-20-
dc.identifier.otherukmvital:119303-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462676-
dc.descriptionKajian pengurusan rumpai di dalam tanaman Stevia telah dijalankan di rumah kaca dan ladang kajian Stevia Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, MARDI Serdang, Selangor. Kajian rumah kaca melibatkan kepadatan biji benih rumpai mengikut kedalaman tanah dan tempoh kritikal persaingan rumpai dengan Stevia. Kajian ladang pula melibatkan dua eksperimen iaitu perbandingan kaedah pembaikan batas dan sungkupan dan kajian kedua difokuskan kepada pengawalan rumpai dengan menggunakan herbisid pra-cambah dan selepas cambah. Hasil kajian biji benih menunjukkan terdapat 5 566.9 m-2 biji benih rumpai pada kedalaman tanah 0-10 cm dan 4 682.3 m-2 pada kedalaman tanah 10-20 cm. Bagi kajian tempoh kritikal, persaingan rumpai dengan Stevia pula memberikan keputusan seawal minggu pertama selepas tanam sehingga akhir minggu ketiga adalah tempoh kritikal untuk pengawalan rumpai. Pada tempoh ini, rumpai perlu dikawal agar kemerosotan hasil tidak berlaku melebihi paras ambang ekonomi. Kajian pengawalan rumpai dengan kaedah kultura menunjukkan bahawa berat kering yang diperolehi mengikut tuaian adalah tuaian ketiga memberikan hasil yang paling tinggi diikuti dengan tuaian keenam, tuaian kedua, tuaian kelima, tuaian keempat dan tuaian pertama iaitu 210.0, 153.3, 142.0, 134.8, 107.5 dan 54.9 g m-2. Antara rawatan, plot yang menerima rawatan secara manual menunjukkan hasil yang lebih tinggi diikuti dengan plastik sungkupan, kawalan dan pembaikan batas iaitu 148.8, 146.4, 126.2 dan 113.6 g m-2. Manakala, berat rumpai yang paling rendah adalah pada tuaian ketiga, diikuti dengan tuaian keempat, tuaian kelima, tuaian kedua dan tuaian pertama ( masing-masing adalah 4.0, 9.7, 12.6, 15.8 dan 16.8 g m-2). Di dalam kajian pengawalan rumpai dengan menggunakan herbisid pra-cambah dan selepas cambah; di dapati terdapat perbezaan yang signifikan antara min rawatan pada skor rumpai yang dilakukan pada aras signifikan <0.0001. Skor membuktikan kawalan rumpai yang berkesan adalah daripada T17 (rumpai dicabut manual) dan T15 (s-metolaklor + metsulfuronmetil) diikuti dengan T9 (alaklor + metsulfuron-metil), T12 (pendimethalin + metsulfuron-metil) dan T13(s-metolaklor + fluazifop-p-butil) dengan skor masingmasing adalah 1, 1, 1.3, 1.7 dan 1.7. Perbandingan min hasil daripada rawatan yang diberikan telah menunjukkan gabungan penggunaan herbisid T8 (alaklor dan setoxidim) memberikan hasil yang paling tinggi manakala penggunaan herbisid T6 (metsulfuron metil secara tunggal) adalah paling rendah. Perubahan pada populasi rumpai pula menunjukkan peningkatan dan pengurangan nilai nisbah jumlah kedominan bagi lapan spesies rumpai utama sepanjang empat kali tuaian. Kesimpulannya, dengan adanya sistem pengurusan yang bersepadu, pengawalan rumpai dapat dilaksanakan dengan tepat dan hasil dapat ditingkatkan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectRumpai-
dc.subjectMARDI-
dc.subjectStevia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations.-
dc.titlePengurusan rumpai bersepadu dalam tanaman stevia (stevia rebaudiana [BERT.] bertoni)-
dc.typetheses-
dc.format.pages123-
dc.identifier.callnoQK495.C74A997 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002742 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119303+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
871.23 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.