Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462665
Title: Penginteresteran berenzim adunan lemak ayam (Gallus gallus) dengan minyak jagung menggunakan pemangkin lipase Thermomyces lanuginose (TL IM)
Authors: Afida Tasirin (P48079)
Supervisor: Mamot Said, Prof. Madya Dr.
Keywords: Lipids-Synthesis
Oils and fats
Issue Date: 12-Aug-2012
Description: Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan lipid berstruktur (SL) melalui penginteresteran berenzim antara lemak ayam dengan minyak jagung menggunakan lipase daripada Thermomyces lanuginose (TL IM) sebagai biomangkin. Dalam kajian awal, ciri-ciri fiziko-kimia hasil perawakan berenzim lemak ayam dan minyak jagung ditentukan. Perawakan berenzim didapati merendahkan nilai kandungan lemak pejal (SFC) lemak ayam daripada 1.36% kepada 1.17% pada suhu 30oC, tetapi meningkatkan SFC minyak jagung daripada 0.07% kepada 0.22% pada suhu 25oC. Pengoptimuman parameter tindak balas (kepekatan enzim, nisbah molar lemak ayam : minyak jagung, suhu, masa tindak balas) untuk menghasilkan SL yang menghampiri julat suhu peleburan marjerin lembut (30 - 37oC) dilaksanakan menggunakan kaedah permukaan respons (RSM). Sebanyak 30 adunan mengikut rekabentuk komposit berpusat (CCD) dilakukan tindak balas penginteresteran. Nilai optimum SFC pada suhu 30oC dan kemasukan asid linoleik ke dalam SL yang diberikan oleh rekabentuk eksperimen ialah masing-masing 1.80% dan 114.97%. Parameter tindak balas yang dicadangkan untuk mendapatkan peratus SFC pada suhu 30oC dan asid linoleik yang optimum ialah enzim 4%, substrat (4 mol lemak ayam : 1 mol minyak jagung), suhu 50oC dan masa selama 42 jam. Penginteresteran juga menyebabkan peningkatan kandungan asid lemak bebas (FFA) daripada 0.13% - 0.47% kepada 0.23% - 0.80%. Dalam kajian ini, didapati kesemua sampel terinterester mencair pada suhu badan. Dua sampel terinterester (sampel 16 dan 17) dipilih berdasarkan nilai SFC pada suhu 30oC yang paling tinggi yang menghampiri nilai SFC produk komersial. Didapati sampel 16 dan 17 mempunyai SFC pada suhu 35oC masing-masing sebanyak 0.22% dan 0.42% berbanding produk komersil sebanyak 1.85% - 0.33%. Hasil analisis morfologi sampel terinterester pilihan didapati mempunyai hablur yang agak kecil tetapi kurang padat berbanding produk komersial lain. Selain daripada itu, sampel pilihan juga mempamerkan ciri-ciri peleburan dan penghabluran yang hampir menyerupai produk komersial yang diperbuat daripada minyak sayuran. Secara keseluruhannya, penginteresteran telah berjaya meningkatkan kandungan asid lemak tak tepu disamping mengurangkan kandungan triasilgliserol bertakat lebur tinggi dengan ECN 48 dan 50.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 170
Call Number: QP75.A354 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119046+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.9 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.