Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462645
Title: Anatomi dan taburan amina biogeni pada sistem saraf pusat spesies kelip-kelip, Pteroptyx tener (Coleoptera: lampyridae)
Authors: Nur Hudawiyah Abdullah (P73210)
Supervisor: Nurul Wahida Othman, Dr.
Keywords: Fireflies
Biogenic amines
Beetles
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Mar-2017
Description: Oktopamina (OA), serotonin (5-HT), dopamin (DA) dan hidrokilas tirosina (TH) merupakan amina biogeni yang mengawal aktiviti fisiologi dan kelakuan serangga. Namun, tiada kajian spesifik yang mengkaji tentang kawalan aktiviti biopendarcahaya oleh OA, 5-HT, DA dan TH pada spesies kelip-kelip, Pteroptyx tener. Kajian ini memperihalkan anatomi sistem saraf pusat (SSP) spesies kelip-kelip dewasa P. tener dengan menggunakan kaedah pembedahan mikro. Anatomi, morfometrik dan histologi tisu saraf dianalisis dengan menggunakan mikroskop cahaya Carl Zeiss AxioScope A1 dengan perisian iSolutionLite. Kajian histologi dijalankan dengan menggunakan dua kaedah: pertamanya, pewarnaan asas hematoksilin & eosin (H&E) dan pewarnaan khusus cresyl violet acetate (CVA), dan keduanya kaedah mikroskopi transmisi elektron (TEM). Lokaliti amina biogeni pada sistem saraf pusat kelip-kelip dianalisis dengan kaedah imunopendarfluor untuk lebih memahami peranan amina biogeni dalam tindakbalas biopendarcahaya. OA, 5-HT, DA dan TH ditetapkan sebagai sebagai antibodi primer, manakala FITC digunakan sebagai antibodi sekunder. Kajian pengukuhan menggunakan antibodi sekunder kromogen DAB telah dilakukan pada SSP P. tener dengan kaedah immunohistokimia. Hasil kajian kemudian dianalisis menggunakan mikroskop berpendarfluor Zeiss Axiocam MRm Apotome.2 dengan menggunakan perisian ZenPro 2012 dan mikroskop cahaya Carl Zeiss AxioScope A1 dengan perisian iSolutionLite. Hasil kajian merekodkan bahawa sistem saraf pusat P. tener terbahagi kepada empat bahagian iaitu ganglion supraesofagus, ganglia subesofagus, ganglia toraks dan ganglia abdomen. Anatomi ganglion supraesofagus seperti protoserebrum, deutoserebrum dan tritoserebrum telah berjaya dikenalpasti di dalam kajian ini. Kajian histologi pula menunjukkan bahawa sel saraf terdiri daripada neuron, akson, dendrit, bahan Nissl dan sel glial. Kajian taburan amina biogeni pada SSP merekodkan bahawa OA, 5-HT, DA dan TH hadir pada keseluruhan ganglia ketika kelip-kelip menyala. Kajian immunoreaktiviti dopamin menunjukkan jaringan saraf yang jelas dan mencadangkan fungsi dopamin sebagai pencetus saraf yang berfungsi dalam tindakbalas biopendarcahaya P. tener. Oleh itu, hasil kajian ini diharapkan dapat membantu dalam memahami pengawalan tindakbalas biopendarcahaya berdasarkan penglibatan amina biogeni pada kelip-kelip, P. tener dan menyumbang dalam pengetahuan asas bagi membantu insentif pemuliharaan spesies kelip-kelip di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains (Zoologi)
Pages: 97
Call Number: QL596.L28N846 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118432+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
447.79 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.