Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462641
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorTukimat Lihan, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorZakiyyah Jasni (P81723 )
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:35Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:35Z-
dc.date.issued2019-10-01
dc.identifier.otherukmvital:117633
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462641-
dc.descriptionProgram pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) merupakan program yang menekankan aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial untuk hasil tanaman yang berkualiti dan selamat dimakan. Program ini juga menjadi salah satu mekanisma untuk membimbing petani dalam mengawal hakisan tanih. Kajian ini membandingkan rumput vetiver (T1) dan kim chiam (T2) sebagai tanaman penstabil cerun pada elevasi berbeza menggunakan persamaan Revised Universal Soil Loss Equation (RUSLE). Sebuah plot berukuran 22.1 meter panjang dan 4.5 meter lebar dengan kecerunan 9% dibina di Cameron Highlands, Pahang (L1) and Titi Gantung, Perak (L2). Data hujan yang diperolehi dari beberapa stesen hujan digunakan untuk mendapatkan nilai erosiviti hujan (R) manakala fotografi hemisfera termasuk pengukuran ketinggian tanaman, lebar kanopi dan panjang akar digunakan untuk mengenalpasti nilai faktor litupan tanih (C). Panjang cerun dan kecerunan (LS) adalah sama sementara faktor pemuliharaan (P) ditentukan berdasarkan pembinaan struktur dan jenis guna tanih. Nilai erodibiliti tanih (K) ditentukan dengan menganalisis sampel tanih dan berat tanih kering pula memberi nilai tanih yang terhakis (A). L1 merekodkan nilai R tertinggi iaitu 13260.3 MJ/mm/hektar/jam/tahun. Nilai C bagi T1 di kedua-dua lokasi menunjukkan litupan terbesar berbanding T2 di lokasi L1 dan T2 di lokasi L2 dengan purata ukuran tinggi, lebar kanopi dan panjang akar yang tertinggi. Nilai P bagi lokasi L1 & L2 adalah 0.1 (T1) dan 0.4 (T2). Nilai K di L1 (0.02 tan/jam/MJ/mm) adalah lebih besar tetapi kadar hakisan di L2 lebih tinggi. T1 menunjukkan prestasi yang bagus di kedua-dua ketinggian sementara T2 didapati lebih baik di L1. Oleh yang demikian, didapati rumput vetiver sesuai dijadikan pengesyoran dalam myGAP sebagai tanaman penstabil cerun yang mudah, berkos rendah dan berkesan pada latitud berbeza manakala kim chiam pula terbaik untuk disyorkan di tanah tinggi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectSoil erosion -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePotensi tanaman penstabil cerun pada latitud berbeza di kawasan pensijilan myGAP
dc.typetheses
dc.format.pages124
dc.identifier.callnoS625.M4Z335 2019 tesis
dc.identifier.barcode004490(2020)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117633+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
577.87 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.