Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462622
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNurul Wahida Othman, Dr.
dc.contributor.authorMohamad Harris Nasir (P78384)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:30Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:30Z-
dc.date.issued2017-08
dc.identifier.otherukmvital:117177
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462622-
dc.descriptionRhynchophorus ferrugineus (Olivier) atau terkenal dengan nama Kumbang Merah Palma Berbintik (RPW) merupakan spesies serangga perosak yang agresif kepada tanaman palma di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, masih kurang kajian yang dilakukan untuk memahami mekanisme yang terlibat dalam proses pencernaan pada saluran penghadaman serangga ini. Salur penghadaman larva dan RPW dewasa mempunyai tiga bahagian usus iaitu usus depan,usus tengah dan usus belakang yang panjangnya melebihi panjang badan serangga ini. Kajian histologi ke atas bahagian usus-usus ini mengesahkan susunan tubul Malpighi jenis ginjal palsu kripto pada usus belakang larva dan susunan ginjal palsu gimno pada usus belakang RPW dewasa. Selain itu, kehadiran lapisan berskleratin pada lapisan lumen usus depan dan usus belakang hanya dapat diperhatikan pada RPW dewasa sahaja. Serotonin (5-HT) dan dopamin (DA) merupakan sejenis struktur asid amino yang terubah suai di antara lima primer amina biogeni yang banyak terlibat dalam pengawalan fisiologi serangga. Hasil ujian imunohistokimia (IHC) mendapati lokaliti 5-HT dan DA pada bahagian salur penghadaman larva dan kumbang RPW dewasa adalah tertumpu pada lapisan membran dasar sel dan menyusup masuk ke dalam sitoplasma sel epitelium namun tidak pada struktur nukleusnya. Penggunaan teknik imunopendafluor (IF) mendapati terdapat inervasi sistem saraf pada salur penghadaman larva dan kumbang dewasa namun coraknya tidak konsisten yang berkemungkinan bertindak sebagai neurotransmiter bagi sistem penghadaman serangga ini. Taburan IF yang berbeza ini berkemungkinan berperanan sebagai neurohormon daripada hemolimfa serta terdapat kemungkinan ianya dirembeskan oleh mikroorganisma simbion dalam salur penghadaman. Pengkuantitian 5-HT dan DA menggunakan kaedah ELISA pula mendapati kandungan amina biogenik ini meningkat apabila serangga kajian berada dalam keadaan berlapar membuktikan bahawa amina biogeni ini memainkan peranan penting dalam regulasi salur pernghadaman RPW. Pemprofilan protein dengan analisis spektrometri jisim berjaya mendapat purata 956 padanan protein mengikut rawatan yang diberikan. Tiga protein disenaraikan untuk dijadikan sebagai perencat sebagai satu langkah alternatif dalam pengawalan serangga perosak ini. Protein tersebut adalah dopa dekarboksilase (TcDDC, EC 4.1.1.28), UDP-N-asetilglukosamina piro-fosforilase 1 (UAP) dan beta-hexosaminidase (TcNAG2) yang mempunyai peranan penting dalam pengaktifan pelopor yang terlibat dalam proses biosintesis kitin pada serangga.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectDryinidae
dc.subjectBiogenic amines
dc.subjectBeetles
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleMorfologi, histologi, lokaliti amina biogeni dan profil protein pada saluran penghadaman larva dan dewasa kumbang bintik merah palma, Rhynchophorus ferrugineus (Olivier) (Coleoptera: Dryophthoridae)
dc.typetheses
dc.format.pages180
dc.identifier.callnoQL568.D7M84496 2017 tesis
dc.identifier.barcode004379(2019)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117177+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.