Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462601
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Musa Ahmad, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Sofia Adrianna Ridhwan Lim (P41582) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:09:23Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:09:23Z | - |
dc.date.issued | 2011-02-16 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:114906 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462601 | - |
dc.description | Merah kongo yang dipegunkan dalam cakra sol-gel menunjukkan sifat optik yang sama seperti dalam larutan. Pencirian terhadap reagen merah kongo telah dilakukan menggunakan alat spektrofotometer UL-Nampak dan spektrofotometer gentian optik. Dalam kajian terhadap larutan, larutan merah kongo (4.3 x 10-5 M) memberikan rangsangan terhadap CO2 dalam masa 5 saat. Sisihan piawai relatif (RSD) bagi kajian kebolehulangan adalah dalam julat 2.46 - 4.84%. Kajian kestabilanfoto reagen ini memberikan nilai RSD 1.23%. Larutan merah kongo yang digunakan untuk mengesan gas CO2, berupaya untuk dijanakan semula menggunakan gas nitrogen, N2. Merah kongo terpegun menunjukkan masa rangsangan 6 minit dan kepekatan optimum bagi kongo merah terpegun adalah 1.44 x 10-3 M. Julat dinamik bagi sensor optik CO2 adalah dari 0-100% dengan had pengesanannya adalah 7.77%. Nilai RSD bagi kajian kebolehasilan merah kongo terpegun berada dalam julat 4.80 - 8.90%. Sensor ini boleh dijanakan semula menggunakan gas N2. Gas NO2 dan SO2 didapati menganggu dalam kajian ini (0.96 - 16.64%). Sebanyak dua sensor untuk pengesanan ion Al3+ telah dibangunkan dalam kajian ini berasaskan penggunaan polimer polifenilasetilin (PPA) dan enzim superoksida dismutase (SOD). PPA yang bertindak sebagai reagen untuk pengesanan Al3+ telah disintesis dalam kajian ini menggunakan mangkin RhCl3. Pencirian terhadap polimer dilakukan dengan menggunakan spektroskopi infra-merah, spektrofotometer UL-Nampak dan alat termogravimetri. Polimer ini dipegunkan ke dalam bahan hibrid nBA - sol gel. Julat dinamik kepekatan ion Al3+ yang diperolehi untuk sensor ini adalah 11 - 100 ppm dan had pengesanannya adalah 9 ppm. Larutan penimbal pH 10 digunakan sebagai larutan penjana. Masa rangsangan sensor ini adalah 6 minit. Nilai RSD bagi kajian kebolehasilan PPA terpegun berada dalam julat 1.74 - 4.39 %. Kajian kestabilanfoto menunjukkan polimer ini stabil terhadap cahaya apabila didedahkan kepada lampu xenon secara berterusan selama 8 jam dengan nilai RSD adalah 3.95%. Enzim SOD yang dipegunkan dalam bahan hibrid sol gel - PVA telah digunakan dalam kajian ini untuk membangunkan biosensor optik untuk pengesanan ion Al3+. Hasil kajian menunjukkan bahawa penambahan 20% larutan PVA memberikan rangsangan pada pH 7. Masa rangsangan bagi biosensor adalah pada sekitar 3-5 minit. Biosensor ini memberikan rangsangan linear terhadap kepekatan Al3+ dalam julat 0.02 - 1.2 ppm dan had pengesanannya adalah 0.0003 ppm. Nilai RSD bagi kajian kebolehulangan adalah 3.0 - 4.6%. Biosensor ini boleh berfungsi sehingga 90 hari apabila disimpan pada suhu -4oC.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Chemical detectors | - |
dc.subject | Congo red | - |
dc.subject | Azo dyes | - |
dc.subject | Aluminum | - |
dc.subject | Carbon dioxide | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pembangunan sensor karbon dioksida dan aluminium berasaskan pemegunan reagen dalam bahan hibrid sol-gel | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 151 | - |
dc.identifier.callno | TP159.C46S636 2011 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002489(2011) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114906+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 800.66 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.