Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462597
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Md Pauzi Abdullah, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Nadhratun Naiim Mobarak (P46558) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:09:21Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:09:21Z | - |
dc.date.issued | 2011-07-13 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:114901 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462597 | - |
dc.description | Tiga terbitan kitosan iaitu lauril kitosan, lauril karboksimetil kitosan dan lauril suksinil kitosan telah di sintesis melalui modifikasi secara kimia. Lauril kitosan disediakan melalui tindak balas di antara kitosan dengan dodekanal. Manakala lauril karboksimetil kitosan dan lauril suksinil kitosan disediakan melalui dua langkah tindak balas. Lauril karboksimetil kitosan disediakan dengan mensintesis karboksimetil kitosan terlebih dahulu melalui tindak balas kitosan dengan asid monokloroasetik. Manakala lauril suksinil kitosan pula disediakan dengan mensintesis suksinil kitosan terlebih dahulu melalui tindakbalas di antara kitosan dengan suksinil anhidrida. Kemudian, karboksimetil kitosan dan suksinil kitosan ditindakbalaskan dengan dodekanal untuk menghasilkan lauril karboksimetil kitosan dan lauril suksinil kitosan. Penambahan kumpulan lauril pada terbitan yang terhasil adalah bertujuan untuk menghasilkan terbitan kitosan yang mempunyai kedua-dua sifat iaitu sifat hidrofilik dan hidrofobik. Pencirian terhadap terbitan yang di sintesis adalah dengan menggunakan spektroskopi inframerah transformasi fourier (IMTF), resonans magnet nukleus (RMN), dan analisis unsur. Berdasarkan data spektroskopi inframerah transformasi fourier, bagi terbitan karboksimetil kitosan dan suksinil kitosan, terdapat puncak pada 1645-1630 cm-1 yang menunjukkan kehadiran kumpulan C=O. Namun begitu, setelah kumpulan lauril di masukkan pada terbitan tersebut terdapat kehadiran puncak pada 2930-2860 cm-1 yang menunjukkan regangan C-H bagi kumpulan lauril. Puncak ini juga hadir pada spectrum IMTF bagi lauril kitosan. Kehadiran kumpulan lauril pada ketiga-tiga terbitan seterusnya disokong dengan kehadiran puncak pada 0.8-1.7 ppm pada spektrum RMN-1H. Melaui data analisis unsur, dapat diketahui nilai darjah penggantian bagi terbitan yang disintesis. Ketiga-tiga terbitan yang di sintesis ini seterusnya diuji keupayaannya menjerap minyak mentah. Kepekatan minyak yang tinggal diukur menggunakan spektrofotometer ultralembayung nampak (UV-Vis). Ujian jerapan minyak menggunakan air paip dan air laut menunjukkan lauril kitosan memberikan kapasiti jerapan yang lebih baik berbanding kitosan, lauril karboksimetil kitosan dan lauril suksinil kitosan bagi kesan masa pengacauan dan amaun penjerap yang digunakan. Bagi kesan masa pengacauan, didapati masa optimum bagi kitosan dan semua terbitan lauril untuk kajian menggunakan air paip adalah 20 minit; manakala masa optimum bagi kajian menggunakan air laut adalah 30 minit. Apabila 0.3 g amaun penjerap, kapasiti jerapan bagi kitosan, lauril kitosan, lauril suksinil kitosan dan lauril karboksimetil kitosan masing-masing adalah 152, 175, 149 dan 142 mg/g apabila menggunakan air paip. Apabila menggunakan air laut adalah kapasiti jerapan masing-masing adalah 152, 147, 132 dan 150 mg/g. Data kinetik menunjukkan jerapan minyak oleh kitosan, lauril kitosan, lauril suksinil kitosan dan lauril karboksimetil kitosan adalah berdasarkan tertib pseudo kedua. Ujian isoterma bagi kajian ini mengikut model isoterma Freundlich bagi air laut dan air paip.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Chitosan -- Biotechnology | - |
dc.subject | Chitin -- Biotechnology | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penyediaan dan pencirian beberapa terbitan kitosan dan penggunaannya sebagai penjerap minyak mentah petroleum | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 91 | - |
dc.identifier.callno | TP248.65.C55N33 2011 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002483(2011) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114901+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 11.48 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.