Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460835
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Ekhwan Toriman, Prof. Dato' Ts. Dr.
dc.contributor.authorAnne Sakina Iman Syaiffudin (P97892)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:51:08Z-
dc.date.available2023-09-20T03:51:08Z-
dc.date.issued2021-04-24
dc.identifier.otherukmvital:127413
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460835-
dc.descriptionAlur Ilmu merupakan salah sebuah anak sungai yang berfungsi sebagai saliran utama bagi kemasukan air larian permukaan di Universiti Kebangsaan Malaysia yang berpunca dari Bukit Rupa, Hutan Pendidikan Alam dan seterusnya mengalir ke Sungai Langat sejauh 1.79 km. Kadar luahan yang tinggi dari kawasan hulu dan tengah Alur Ilmu akibat daripada hujan lebat telah mendorong kepada larian air permukaan yang memudahkan pengaliran sisa-sisa sampah dan pencemaran tidak tetap berlaku. Objektif utama kajian ini bermatlamat untuk mengaplikasikan pendekatan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi menjelaskan masalah kualiti air di sepanjang alur. Di samping itu, kajian permodelan hidraulik juga turut dilaksanakan bagi melihat keupayaan saliran untuk menampung luahan maksimum dalam satu-satu masa dengan menggunakan perisian XP-SWMM. Pensampelan masa rawak telah dilakukan dengan replikasi sebanyak Sepuluh kali melibatkan Sepuluh buah stesen pensampelan menggunakan analisis in-situ dan ex-situ. Enam parameter utama yang terlibat ialah Oksigen Terlarut (DO), Permintaan Oksigen Kimia (COD), Permintaan Oksigen Biokimia (COD), Pepejal Terampai (SS), Ammonia Nitrogen (NH3-N), dan pH. Selain itu, pencerapan berterusan siri masa bagi parameter tertentu juga turut dicerap setiap 24 jam bermula dari Mei 2019 sehingga Februari 2020 menggunakan alat kualiti air Model GDC-06. Hasil Indeks Kualiti Air (IKA) yang diperoleh dibandingkan dengan piawaian kualiti air yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia. Pemetaan kualiti air dihasilkan dengan menggunakan kaedah interpolasi melalui Inverse Distance Weighting (IDW) dalam aplikasi GIS. Dapatan kajian bagi purata Indeks Kualiti Air di Alur Ilmu adalah dalam Kelas II, iaitu 79.1 (baik). Permodelan simulasi dengan menggunakan perisian XP-SWMM telah berjaya memodelkan keadaan sebenar yang berlaku di lapangan dengan hasil simulasi yang jelas menunjukkan bahawa Alur Ilmu mampu menampung luahan maksimum sehingga 13.34 m3/s. Nilai luahan yang diperoleh amat berkait rapat dengan faktor hujan harian dengan hasil analisis statistik Regrasi, iaitu R2 = 0.8331. Seterusnya, hasil permodelan hidrodinamik kualiti air gabungan GIS dengan permodelan hidraulik jelas menunjukkan bahawa stesen 5 dan 6 berada pada nilai IKA sederhana tercemar (Kelas III). Punca pencemaran dikenal pasti daripada aktiviti-aktiviti manusia di kawasan PUSANIKA dan sepanjang merentasi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Dapatan kajian daripada kajian ini boleh digunakan sebagai alat yang berkesan untuk menyelesaikan masalah alam sekitar seperti kawalan pencemaran pada sumber yang bertitik dan memberi pengetahuan dalam memaksimumkan keupayaan sistem rawatan air untuk perlindungan strategik di samping dapat menentukan tahap kualiti air di kawasan-kawasan yang tertentu dalam tempoh yang singkat,Sarjana Pengurusan Persekitaran
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectKualiti air -- Universiti Kebangsaan Malaysia
dc.subjectAlur Ilmu
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAplikasi GIS dan permodelan hidraulik dalam penentuan perilaku kualiti air Alur Ilmu, Universiti Kebangsaan Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages194
dc.identifier.barcode006505(2021)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127413+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
585.08 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.