Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460833
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhadijah Alavi, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorDoris Anak Dagang (P77359)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:51:07Z-
dc.date.available2023-09-20T03:51:07Z-
dc.date.issued2019-03-05
dc.identifier.otherukmvital:127409
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460833-
dc.descriptionPerubahan struktur keluarga abad milennium mengundang fenomena penglibatan datuk nenek dalam menjaga cucu. Faktor penglibatan datuk nenek menjaga ialah peningkatan kos sara hidup yang tinggi, kadar perceraian, gejala sosial dan melanjutkan pengajian dalam kalangan ibu bapa muda. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk meneroka faktor, caragaya dan strategi daya tahan ke arah pembentukan polisi kerja sosial dalam keibubapaan datuk nenek. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berpandukan kajian kes. Lokasi kajian ini dijalankan sekitar daerah Hulu Langat, Selangor. Pemilihan responden dilakukan secara persampelan bertujuan dan snowball. Seramai 25 orang datuk nenek yang menjaga cucu telah ditemubual secara mendalam. Pengkaji juga telah mengadakan teknik perbincangan kumpulan berfokus kepada 40 orang peserta dalam bengkel keibubapaan datuk nenek untuk meneroka pembentukan cadangan polisi. Hasil kajian dianalisis menggunakan atlas ti versi 8 dengan mengaplikasikan pendekatan tematik. Hasil kajian mendapati bahawa faktor utama yang menyumbang datuk nenek menjaga cucu ialah penglibatan kedua-dua ibu bapa dalam bidang pekerjaan. Faktor lain terdiri daripada faktor keselamatan cucu, kewangan, ibu bapa melanjutkan pengajian, hobi atau minat datuk nenek menjaga cucu dan anak dewasa yang kurang upaya. Hasil kajian turut mendapati enam jenis caragaya keibubapaan yang digunakan oleh datuk nenek menjaga cucu. Antaranya ialah gaya surrogate" gaya "autoritative", gaya pasif, gaya "fun-seeker", gaya "reservoir of family wisdom" dan kepelbagaian caragaya. Namun caragaya pasif merupakan majoriti caragaya digunakan oleh datuk nenek menjaga cucu. Dari segi strategi daya tahan datuk nenek terdapat enam strategi yang telah diaplikasi oleh datuk nenek bagi menjaga cucu. Strategi daya tahan tersebut telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu lokus kawalan luaran dan lokus kawalan dalaman. Lokus kawalan luaran merangkumi hubungan kekeluargaan teknik menjaga cucu dan persekitaran yang kondusif. Manakala lokus kawalan dalaman terdiri daripada kecerdasan sosial kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual. Hasil kajian mendapati pekerja sosial memainkan peranan penting bagi memperkasa datuk nenek dalam menjaga cucu. Justeru hasil kajian ini mencadangkan agar diwujudkan pembentukan polisi kerja sosial dalam keibubapaan datuk nenek. Antara cadangan pembentukan polisi kerja sosial ialah latihan keibubapaan datuk nenek penambahbaikan modul pra pesaraan kempen media massa dan penglibatan pekerja sosial sebagai jurulatih keibubapan datuk nenek Sarjana Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectPenjagaan anak
dc.subjectKeibubapaan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleMeneroka faktor, caragaya dan strategi daya tahan dalam keibubapaan datuk nenek
dc.typetheses
dc.format.pages160
dc.identifier.barcode006503(2021)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127409+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.