Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460831
Title: Alam sekitar dan intertekstualiti dalam puisi Marzuki Ali
Authors: Mohd Saberi Muda (P85047)
Supervisor: Mas Rynna Wati Ahmad, Dr.
Keywords: Malay poetry -- History and criticism
Malay poetry
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Aug-2019
Description: Alam sekitar sebahagian daripada kosmologi budaya Melayu. Kelestarian alam dalam seni budaya terpancar melalui bukti material seperti senibina, tekstil, kulinari, seni persembahan dan kesusasteraan. Sastera menjadi medium perkongsian intelektual pengarang dalam menyampaikan maksud samada melalui novel, cerpen, drama dan puisi. Isu kelestarian alam merupakan satu agenda negara turut menjadi tema dalam karya-karya sastera dunia global dekad ini. Puisi-puisi alam sekitar berkembang selari dengan pembangunan fizikal negara telah melahirkan penyair alam yang fokus dengan perjuangan kelestarian alam hijau. Marzuki Ali, penyair dan aktivis teater merupakan salah seorang seniman yang konsisten berkarya memperjuangkan alam sekitar. Latarbelakang dari masyarakat pesisir pantai dan pengalaman pengembaraan di dalam dan luar negara membentuk variasi kerangka proses kreatifnya. Karya-karya beliau memvisualkan satu rentetan perjuangan tentang alam sekitar yang menjadi tunjang kepada perkongsian intelektual penyair dengan masyarakat. Perjuangan tentang alam sekitar ini terdapat dalam tiga buah kumpulan puisinya iaitu Jeritan Satwa Luka (DBP 2002), Bungkau Rimba Hujan Tropika (DBP 2008) dan Khazanah Segala Rimbun (Penerbitan USM 2011). Kajian bersifat kualitatif dengan aplikasi intertekstualiti akan menjelaskan pertalian dan pengaruh dari karya sendiri, teks tradisional dan karya bukan kreatif. Manakala adaptasi kisah-kisah Al-Quran dan kitab turut menjelaskan rangka pemikiran tentang alam sekitar, kemanusiaan dan keagamaan dalam kepenyairan Marzuki Ali. Proses kreatif dan evolusi karyanya dengan pelbagai medium berkembang selari dengan arus modenisasi membentuk karya-karya beliau sentiasa mengisi dan mendapat tempat dalam persada kesusasteraan tanah air. Penemuan kajian ini merumuskan proses kreatif dan pemikiran penyair terhadap alam sekitar yang terdapat dalam karya puisi yang dianalisis. Di luar teks kajian terdapat genre lain yang dihasilkan oleh penyair seperti skrip drama, cerpen, produksi drama dengan tema alam sekitar mengabsahkan keseriusan dan fokus perjuangan penyair terhadap kelestarian alam. Secara umumnya, evolusi dan transformasi karya-karya Marzuki Ali menjadi katalis dalam stamina kepenyairannya yang konsisten dan bervariasi. Gagasan pemikiran dengan isu kelestarian alam dengan rentetan perjuangan yang panjang sewajarnya menobatkan beliau sebagai seorang penyair alam Malaysia.,Sarjana Falsafah
Pages: 136
Call Number: PL5132.M847 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124862+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.