Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460828
Title: Ketidakstabilan emosi, kesukaran tingkah laku dan tekanan meramal simptom kemurungan dalam kalangan remaja
Authors: Diana Johan (P88946)
Supervisor: Nor Ba'yah Abdul Kadir, Prof. Madya Dr.
Keywords: Simptom kemurungan
Remaja
Emosi
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Sep-2020
Description: Kajian mendapati bahawa masalah tekanan adalah membimbangkan dan kritikal dalam hubungannya dengan kecelaruan mental, terutamanya kemurungan. Sekiranya tiada langkah awal diambil untuk mencegah dan merawat kecelaruan mental, kadar bunuh diri boleh meningkat sebagai kesan jangka panjang. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji profil kemurungan dalam kalangan remaja, menentukan hubungan antara ketidakstabilan emosi, kesukaran tingkahlaku dan tekanan ke atas simptom kemurungan. Kajian ini juga menganalisis faktor peramal bagi kemurungan dan menentukan faktor tekanan sebagai faktor penyederhana dalam hubungan antara ketidakstabilan emosi, kesukaran tingkahlaku dengan kemurungan. Dengan menggunakan pensampelan mudah dan kutipan data daripada sekolah ke sekolah, seramai 300 orang remaja digalakkan untuk menyertai kajian ini manakala semua remaja yang menjalani pemulihan di dua buah institusi pemulihan dipilih sebagai responden kajian. Satu set soal selidik piawai digunakan untuk mendapatkan data. Strengths and Difficulties Questionnaire digunakan untuk mengukur kekuatan dan kesukaran tingkahlaku, Skala Ketidakstabilan Emosi dan Kesukaran Tingkahlaku digunakan untuk mengukur ketidakstabilan emosi dan tingkahlaku prososial, Adolescents Stress Questionnaire digunakan untuk mengukur tekanan yang dialami oleh remaja dan Beck Depression Inventory-II digunakan untuk mengukur simptom kemurungan. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara ketidakstabilan emosi, kesukaran tingkahlaku, tekanan dengan simptom kemurungan. Analisis selanjutnya mendapati bahawa dimensi tekanan kehidupan di rumah dan tekanan rakan sebaya merupakan faktor peramal bagi simptom kemurungan. Dalam kajian ini, tiada kesan penyederhanaan faktor tekanan dalam hubungan antara ketidakstabilan emosi, kesukaran tingkahlaku dengan kemurungan. Implikasi dan limitasi kajian dari segi situasi dan kontekstual turut dibincangkan.,Sarjana Falsafah (Psikologi)
Pages: 148
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124073+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.