Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460825
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLam Kuok Choy, Dr.
dc.contributor.authorAzmaliza Kamis (P85048)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:50:59Z-
dc.date.available2023-09-20T03:50:59Z-
dc.date.issued2019-06-25
dc.identifier.otherukmvital:124070
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460825-
dc.descriptionDenggi merupakan salah satu masalah kesihatan utama dunia terutama di kawasan beriklim monson tropika termasuk Malaysia yang merekodkan peningkatan jumlah kes dan kematian sebanyak 200 peratus antara tahun 2014-2015. Sehubungan itu kajian ini bertujuan memetakan taburan spatial kes denggi (zon, negeri dan daerah), pola kes bulanan denggi serta menghubungkaitkan kejadian denggi dengan faktor sosiodemografi dan gunatanah. Kaedah analisis yang dilakukan adalah melalui pemadanan data spatial negeri dan daerah dengan maklumat denggi serta menjalankan ujian korelasi Pearson antara kes denggi dengan jumlah penduduk tahun 2010. Hasil kajian mendapati taburan spatial kes denggi tertinggi tertumpu di zon tengah dengan purata kadar insiden (IR) sebanyak 5.8 bagi setiap 1,000 penduduk, diikuti zon selatan (IR=2.14), timur (IR=1.81) dan utara (IR=1.37). Kes denggi yang berlaku di peringkat negeri pula menyaksikan Selangor mengalami kadar insiden paling tinggi (IR=6.62). Ia diikuti oleh WP Kuala Lumpur (IR=3.09), Kelantan (IR=3.01), Johor (IR=2.16), dan Perak (IR=2.03). Petaling (IR=9.38) pula merupakan daerah tertinggi kadar insiden kes denggi dan diikuti daerah Ulu Langat (IR=8.3), Gombak (IR=7.57), Kota Bharu (IR=7.65) dan Johor Bahru (IR=4.14). Ujian korelasi mendapati wujudnya hubungan positif yang kuat antara jumlah penduduk dengan kes denggi (r=0.844-0.905, r2=0.697-0.810). Analisis faktor sosiodemografi menunjukkan peratusan jantina pesakit denggi adalah 58.2 peratus lelaki dan 41.8 peratus perempuan. Analisis kumpulan umur pesakit pula mendapati majoriti pesakit berumur 20-29 tahun (27%), 30-39 tahun (20%), 10-19 tahun (20%), 40-49 tahun (11%), satu hari- sembilan tahun (9%), 50-59 tahun (8%) dan 60 tahun ke atas (5%). Manakala 92 peratus pesakit denggi merupakan warganegara Malaysia dan lapan peratus bukan warganegara. Pesakit denggi mengikut etnik pula adalah 61 peratus Melayu, 26 peratus Cina, 11 peratus India dan dua peratus lain-lain kaum. Hasil korelasi mendapati wujudnya hubungan linear positif yang kuat dan sederhana di antara jumlah penduduk dengan 15 pembolehubah faktor sosiodemografi (r=0.352-0.786, r2=0.124-0.618). Berikutnya, analisis gunatanah mendapati wujudnya korelasi sederhana dan lemah antara kes denggi dengan aktiviti gunatanah bagi pengangkutan, tanah lapang dan rekreasi, industri, perumahan, komersial, institusi dan kemudahan masyarakat, infrastruktur dan utiliti serta tanah kosong (r=0.232-0.484, r2=0.054-0.235). Manakala aktiviti pertanian dan hutan mempunyai hubungan linear negatif (r=-0.134-0.265, r2=0.018-0.07) dan tiga kategori lagi iaitu badan air, pantai dan pembangunan bercampur tidak mempunyai hubungan dengan kes denggi. Kesemua ujian korelasi ini adalah signifikan pada aras P<0.01.,Sarjana Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectDenggi
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAnalisis kes denggi di Semenanjung Malaysia tahun 2012-2016
dc.typetheses
dc.format.pages229
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124070+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
4.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.