Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460821
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorEzarina Zakaria, Dr.
dc.contributor.authorWan Nornazmiera Wan Hamat (P74484)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:50:55Z-
dc.date.available2023-09-20T03:50:55Z-
dc.date.issued2020-08-20
dc.identifier.otherukmvital:124060
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460821-
dc.descriptionPeningkatan kes HIV/AIDS menyebabkan bilangan kanak-kanak yang kematian ibu bapa akibat HIV/AIDS semakin meningkat. Pelbagai isu timbul melibatkan penjagaan dan pengurusan kes kanak-kanak tersebut berdasarkan keperluan mereka. Kurangnya pengetahuan tentang HIV/AIDS, stigma dan tekanan persekitaran dalam kalangan penjaga menjadi penyumbang kepada keberkesanan pengurusan kes kanak-kanak HIV/AIDS. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan kes HIV/AIDS dalam kalangan penjaga kanak-kanak HIV/AIDS di rumah perlindungan. Kajian ini merupakan satu bentuk kajian keratan rentas menggunakan pendekatan kaedah tinjauan. Penyelidikan secara kuantitatif dijalankan ke atas 140 responden terdiri daripada penjaga yang menguruskan kes kanak-kanak HIV/AIDS dipilih secara bertujuan di tujuh buah institusi. Alat ujian diambil daripada Hennepin County Case Management Survey, HIV Knowledge Questionnaire (HIV-KQ-18), Measuring The Degree of HIV-related Stigma and Discrimination in Health Facilities and Providers, Manual Measuring HIV Stigma and Discrimination Among Health Facility Staff Questionnaire dan HSE Management Tools. Hasil kajian menunjukkan tahap pengurusan kes adalah pada tahap tinggi kerana penjaga berupaya mengendalikan kes kanak-kanak HIV/AIDS dengan berkesan walaupun tahap pengetahuan HIV/AIDS, stigma dan tekanan persekitaran dalam kalangan penjaga adalah pada tahap sederhana. Analisis korelasi menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan antara pengetahuan HIV/AIDS dengan pengurusan kes, terdapat hubungan negatif yang signifikan antara stigma dengan pengurusan kes, terdapat hubungan signifikan antara tekanan persekitaran dengan pengurusan kes, terdapat hubungan signifikan antara pengetahuan HIV/AIDS dengan stigma, tidak terdapat hubungan signifikan antara pengetahuan HIV/AIDS dengan tekanan persekitaran dan terdapat hubungan signifikan antara stigma dengan tekanan persekitaran. Dapatan menunjukkan tahap stigma dan tekanan persekitaran yang sederhana menyumbang kepada peningkatan keberkesanan pengurusan kes dalam kalangan penjaga terhadap kanak-kanak HIV/AIDS di rumah perlindungan. Tekanan persekitaran memberi pengaruh paling besar ke atas pengurusan kes berbanding stigma terhadap kanak-kanak HIV/AIDS. Kajian ini memberi implikasi bahawa wujud keperluan latihan dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran, mengurangkan stigma dan tekanan persekitaran dalam kalangan penjaga sebagai usaha meningkatkan keberkesanan pengurusan kes kanak-kanak HIV/AIDS. Penyelidikan sebegini amat bermakna sebagai suatu usaha menambah baik polisi dengan menilai semula keperluan sistem pengurusan kes yang memberi fokus khusus terhadap pengurusan kes kanak-kanak HIV/AIDS di institusi meliputi konteks penjagaan, perlindungan dan pemuliharaan.,Sarjana Falsafah (Kerja Sosial)
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectHIV/AIDS
dc.subjectTekanan persekitaran
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengaruh pengetahuan HIV/AIDS, stigma dan tekanan persekitaran terhadap pengurusan kes kanak-kanak HIV/AIDS dalam kalangan penjaga di rumah perlindungan
dc.typetheses
dc.format.pages150
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124060+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.