Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460819
Title: Kesejahteraan perumahan komuniti Melayu bandar: kajian kes di Residensi Pandanmas, Kuala Lumpur
Authors: Dzul Ashrai Abu Bakar (P87669)
Supervisor: Hamzah Jusoh, Prof. Dr.
Keywords: Kesejahteraan perumahan
Komuniti melayu
RUMAWIP
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Oct-2020
Description: Kesejahteraan perumahan komuniti Melayu di bandar telah menjadi isu kritikal dalam perancangan dan pembangunan bandar. Kajian dalam bidang kesejahteraan perumahan merupakan subjek yang luas, namun kurang diberi tumpuan kepada jenis kediaman dan kaum yang memerlukan. Justeru, aspek fizikal dan bukan fizikal dikupas dalam penyelidikan ini bagi menilai tahap kesejahteraan perumahan, khususnya bagi komuniti Melayu di bawah Program Perumahan Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) di Residensi PandanMas. Kaedah Gabungan Pemusatan Selari (Convergent Parallel Mix Method) telah diterima pakai sebagai teknik pengumpulan data kualitatif dan kuantitatif, dianalisis secara serentak dengan membuat perbandingan atau perkaitan bagi setiap dapatan. Daripada 310 borang soal selidik yang diedarkan ke semua rumah berpenghuni, hanya 197 (63.5 peratus) responden sahaja yang lengkap memberi maklumbalas. Manakala bagi pengumpulan data kualitatif, lapan informan yang berkepentingan dalam Program RUMAWIP ditemu bual melalui lima sesi perbincangan, termasuk dua sesi perbincangan secara berkumpulan. Keputusan analisis menunjukkan bahawa Keperluan Berprestij (aspek fizikal) telah menyumbang skor tertinggi (Min = 3.42; SP = 0.58) dan disokong oleh dua keputusan dominan hasil temubual iaitu, kod Pendapat Kesejahteraan Fizikal (55 petunjuk) dan kod Memenuhi Kesejahteraan Fizikal (54 petunjuk). Walau bagaimanapun, beberapa aspek penting kesejahteraan seperti ansuran bulanan (termasuk yuran penyelenggaraan), kualiti fizikal dalaman rumah, isu kesesakan lalu lintas, kebanjiran warga asing dan hubungan yang harmoni antara jiran, didapati masih lemah. Isu-isu ini perlu diberi perhatian memandangkan bilangan penduduk Melayu di bandar telah mencecah 65 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk bandar. Walau bagaimanapun, analisis korelasi dan regresi dasar-dasar sedia ada pula menunjukkan mempunyai hubungan yang ketara. Ini membuktikan bahawa sekiranya pelaksanaan dasar-dasar perumahan mampu milik di bandar dilaksanakan dengan baik, ianya boleh memberi kesan yang positif kepada kesejahteraan komuniti Melayu di bandar.,Sarjana Falsafah
Pages: 250
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124042+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.