Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460816
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Samsudin, Prof Madya Dr.
dc.contributor.authorNaoko Sugiura (P74658)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:50:48Z-
dc.date.available2023-09-20T03:50:48Z-
dc.date.issued2020-03-15
dc.identifier.otherukmvital:122330
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460816-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk meneliti perbandingan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan di antara negara Malaysia dan Jepun. Warisan merupakan satu bentuk peninggalan yang mempunyai identiti yang tersendiri mengikut budaya tertentu. Setiap negara mempunyai usaha dalam memelihara dan memulihara warisan yang terdapat di negara tersebut. Dalam konteks Malaysia, kesedaran dalam memelihara dan memulihara warisan bermula sejak 60 tahun yang lalu. Manakala, usaha negara Jepun dalam menggiatkan usaha ke arah menjaga warisan negaranya telah bermula sejak tahun 1871 lagi. Jepun telah mempunyai kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan warisan lebih awal berbanding Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui penyelidikan kepustakaan dengan merujuk kepada dokumen dan sumber-sumber yang diperolehi daripada pelbagai institusi seperti arkib negara, Jabatan Warisan Negara dan Muzium Negara. Kajian ini akan melihat kepada aspek perundangan yang telah diperuntukkan selain mengenal pasti sejauh mana akta yang termaktub di dalam perundangan tersebut dilaksanakan. Seterusnya, kajian ini akan menyusuri perkembangan yang berlaku dalam proses pemuliharaan warisan berdasarkan laporan-laporan rasmi dan tinjauan sarjana terdahulu. Hasil kajian mendapati sistem pemeliharaan dan pemuliharaan warisan di Jepun adalah berbeza walaupun seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia telah menyelaraskan sistem pemeliharaan dan pemuliharaan warisan mengikut garis panduan UNESCO. Malah, senarai warisan di kedua-dua negara semakin bertambah hampir setiap tahun walaupun pendekatan pemeliharaan dan pemuliharaan mereka berbeza. Oleh yang demikian, usaha pengekalan warisan di Malaysia dilaksanakan melalui usahasama dengan kerajaan negeri. Setiap negeri di Malaysia akan mencari warisan baru dan mendaftarkannya di Jabatan Warisan Negara diperingkat persekutuan sebagai warisan kebangsaan. Manakala di Jepun, pegawai dari Jabatan Warisan Negara akan mencari warisan baru untuk di senaraikan sebagai warisan kebangsaan. Justeru, kajian ini diharapkan dapat menjelaskan kepada umum melalui perbandingan langkah antara Malaysia dan Jepun dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan negara.,Sarjana Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectCultural property -- Malaysia
dc.subjectHistoric preservation
dc.subjectCultural policy
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleDasar warisan di Malaysia dan Jepun : perbandingan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah negara
dc.typetheses
dc.format.pages256
dc.identifier.callnoCC135.S845 2020 tesis
dc.identifier.barcode004889(2020)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122330+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.62 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.