Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460811
Title: Konsep kesempurnaan hidup dalam falsafah Jawa : kajian karya sastera klasik Jawa Arjuna wihawa
Authors: Syarifah Wardah El Firdausy (P63636)
Supervisor: Yusmilayati Yunos, Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Javanese literature -- Criticism
Textual
Conduct of life
Issue Date: 14-Sep-2016
Description: Kajian ini bertujuan menjelaskan ajaran kesempurnaan hidup yang terdapat dalam cerita Arjuna Wiwaha dengan menggunakan pendekatan falsafah Jawa. Kajian ini menggunakan metod kualitatif yang melibatkan data daripada dua buah teks Arjuna Wiwaha yang ditulis oleh Sanusi Pane (1960) berjudul Ardjuna Wiwaha dan Sunardi D.M (1993) berjudul Arjuna Wiwaha. Kajian ini menggunakan model tri hita wacana dalam falsafah Jawa yang menunjukkan tiga hubungan harmoni, iaitu keharmonian manusia dengan Tuhan, keharmonian manusia dengan sesama manusia, dan keharmonian manusia dengan alam semesta. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapatnya ajaran kesempurnaan hidup yang dinyatakan dalam teks Arjuna Wiwaha. Ajaran kesempurnaan hidup tersebut terangkum dalam konsep hakikat dan etika yang merujuk kepada hakikat Tuhan, manusia, alam dunia, dan alam akhirat serta etika kepada Tuhan, manusia, alam dunia, dan alam akhirat. Apabila manusia menempuh jalan hakikat bermakna manusia telah menunaikan tanggung jawabnya sebagai hamba Tuhan. Manakala manusia menempuh jalan etika bermakna manusia telah menunaikan tanggung jawabnya sebagai wakil Tuhan di muka bumi. Apabila kedua-dua jalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik, tujuan ajaran falsafah Jawa yang berusaha mencari kesempurnaan hidup (ngudi kasampurnaan) akan tercapai. Kajian ini menunjukkan, nilai-nilai ajaran luhur dalam falsafah Jawa sesuai dengan keperibadian dan pemikiran hidup masyarakat timur. Ajaran berkenaan boleh digunakan sebagai pedoman untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik, benar, dan bijaksana.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Falsafah
Pages: 204
Call Number: BJ1588.I5S973 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121862+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.39 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.