Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460801
Title: Penentu keinginan berhenti kerja di kalangan jururawat di awaan Sumatera Indonesia
Authors: Muhsin Mohammad Sholeh (P33274)
Supervisor: Fatimah Omar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kejururawatan
Jawa
Sumatera
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations.
Issue Date: 5-Jun-2014
Description: Walaupun terdapat banyak kekurangan jururawat dalam kerjaya kejururawatan di Indonesia, masih ramai jururawat yang mempunyai keinginan untuk berhenti kerja. Mengikut kepada kajian-kajian lepas, kepuasan kerja dan komitmen organisasi adalah menyumbang kepada keinginan berhenti kerja. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan dan pengaruh faktor-faktor yang menyumbang kepada keinginan berhenti kerja seperti kepuasan kerja dan komitmen organisasi serta faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja dan komitmen organisasi itu sendiri dalam kalangan jururawat. Tujuan kedua adalah untuk menghasilkan model yang paling sesuai untuk meramal keinginan berhenti kerja berdasarkan kepada pengaruh dan kesan interaksi diantara pembolehubah bebas melalui hasil analisis laluan. Kajian keratan rentas ini dilakukan keatas 222 orang jururawat di 3 buah hospital di pulau Jawa dan Sumatera. Satu set soal selidik direkabentuk dan dikembangkan dengan mengandungi data demografi, Locus Control Questionnaire (RLCQ), Role Conflict Scale (RCS), Role Ambiguity Scale (RAS), Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ), Organization Commitment Questionnaire (OCQ) dan Propensity to Leave Index (PLI). Analisis yang digunakan adalah ujian khi kuasa dua, ujian – t, ANOVA, regresi pelbagai dan analisis laluan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepuasan kerja dipengaruhi oleh tempoh perkhidmatan, lokus kawalan, konflik peranan dan kesamaran peranan. Komitmen organisasi dipengaruhi oleh tempoh perkhidmatan, lokus kawalan dan kepuasan kerja. Keinginan berhenti kerja dipengaruhi oleh kepuasan kerja dan komitmen organisasi. Hasil analisis laluan menunjukkan bahawa keinginan berhenti kerja dipengaruhi secara langsung oleh kepuasan kerja, komitmen organisasi dan kesamaran peranan dan dipengaruhi secara tidak langsung oleh konflik bekerja, tempoh perkhidmatan dan lokus kawalan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 210
Call Number: HD5717.5.I5M834 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119294+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.