Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460799
Title: | Pelancongan pendidikan: aset kampus, mekanisme pengurusan dan keterlibatan komuniti kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi |
Authors: | Ng Sheue Li (P82551) |
Supervisor: | Habibah Ahmad, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Students -- Travel Foreign study Tourism -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 13-Apr-2018 |
Description: | Pelancongan pendidikan merupakan tarikan baru dalam sektor pelancongan di Malaysia. Salah satu daripada inisiatif untuk membangunkan produk ini ialah melalui penawaran institusi pengajian tinggi sebagai tarikan atau destinasi pelancongan. Melalui Malaysia 101 Edutourism Packages, hampir kesemua universiti digalakkan mengambil bahagian dalam menawarkan produk ini. Bagaimanapun, timbul tanda tanya apakah aset pelancongan yang perlu diketengahkan, dan apakah mekanisme pengurusan dan komuniti kampus sudah bersedia menawarkan produk pelancongan pendidikan. Dengan kawasan kajian ditumpukan di kampus UKM Bangi, tesis ini bertujuan untuk mengenalpastikan aset pelancongan dalam pembentukan asas kepada pembangunan pelancongan pendidikan di dalam kampus UKM Bangi, menganalisis mekanisme untuk mengurus pelancongan pendidikan dalam kampus UKM Bangi serta menganalisis keupayaan komuniti kampus melibatkan diri dalam menawarkan pelancongan pendidikan dalam kampus UKM Bangi. Kajian ini mengambil seramai 381 responden; melibatkan 84 komuniti staf dan 297 pelajar yang dipilih secara rawak berlapis dan ditemuduga secara bersemuka dengan menggunakan soal selidik. Kaedah analisis data adalah secara deskriptif dengan menggunakan perisian IBM SPSS versi 23.0 dan IBM SPSS AMOS versi 23.0. Hasil kajian tentang aset kampus '5P' telah diperolehi dengan elemen berikut, tempat (place), prestasi (performance), pakej (package), komuniti (people), produk (product); mekanisme pengurusan iaitu pelaksanaan, pembangunan, perancangan; ketersediaan penglibatan komuniti kampus iaitu penganjur, pengusaha, pengunjung. Dalam meneliti hubungan antara elemen dalam aset kampus, mekanisme pengurusan, dan ketersediaan penglibatan komuniti kampus, nilai kebolehpercayaan aspek-aspek ini melalui analisis faktor pengesahan (Confirmatory Factor Analysis CFA) adalah baik dan boleh diterima. Faktor 'ketersediaan penglibatan komuniti kampus' memperolehi nilai Standardized Regression Weights yang tertinggi iaitu sebanyak 1.01, diikuti oleh 'mekanisme pengurusan' sebanyak 0.90 dan 'aset kampus 5P' sebanyak 0.57. Hasil kajian ini juga memberikan implikasi ilmu, polisi dan pelaksanaan dalam pelancongan pendidikan, di mana pembentukan asas aset kampus memerlukan mekanisme pengurusan dengan sebaiknya atas ketersediaan keterlibatan komuniti kampus.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Falsafah |
Pages: | 266 |
Call Number: | LC6681.L536 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117655+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.44 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.