Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460798
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wan Sharazad Wan Sulaiman, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Nurshuhada Mohd Sabri (P75288) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-20T03:50:32Z | - |
dc.date.available | 2023-09-20T03:50:32Z | - |
dc.date.issued | 2018-08-03 | |
dc.identifier.other | ukmvital:117653 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460798 | - |
dc.description | Pelbagai sumber kepulihan telah digunakan untuk menyelesaikan masalah penyalahguna bahan yang sering dibincangkan ketika ini. Walau bagaimanapun, penumpuan terhadap faktor kerohanian dan juga sokongan sosial dalam sumber kepulihan terhadap penyalahguna bahan tidak ditekankan sepenuhnya. Oleh itu, objektif kajian adalah untuk meneroka faktor yang menjadi sumber kepulihan kepada bekas penyalahguna bahan iaitu faktor kerohanian dan faktor sokongan sosial. Kajian ini sepenuhnya menggunakan kaedah kualitatif iaitu teknik pengumpulan data secara temu bual separa berstruktur. Seramai 6 orang bekas penyalahguna bahan lelaki terlibat dalam kajian ini dengan kriteria utamanya adalah responden telah bebas dadah selama setahun atau lebih. Kajian ini dijalankan di dua tempat iaitu di Pondok Inabah, satu Badan Bukan Kerajaan (NGO) pemulihan di bawah pemantauan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Labu, Negeri Sembilan; dan juga di Madrasah Darul Islah, Sabak Bernam, Selangor. Teknik analisis yang digunakan adalah analisis interpretasi fenomenologi. Hasil kajian mendapati faktor kerohanian utama yang menjadi sumber kepulihan membantu bekas penyalahguna bahan pulih adalah amalan melazimi berzikir dan manaqid. Melazimkan berzikir adalah sentiasa mengingati Allah dan hasilnya kebergantungan kepada dadah dapat dihindari. Amalan manaqid pula merujuk kepada aktiviti di mana setiap penagih membaca cerita kebaikan amalan dan akhlak mulia serta terpuji seseorang. Kesan daripada itu responden lebih banyak mengingati Allah yang membantu mereka melupakan ketagihan, melakukan perubahan positif, menjauhkan diri daripada rakan-rakan penagih, menjaga amalan keagamaan dan boleh menerima teguran positif. Manakala faktor sokongan sosial yang menjadi sumber kepulihan paling berkesan adalah kekerapan menerima sokongan daripada keluarga, pembina/ustaz dan rakan-rakan. Ini mempengaruhi mereka dari segi peningkatan keyakinan diri, penentuan diri dan perubahan emosi positif dalam diri. Hasil kajian juga memberi implikasi ke arah penekanan terhadap faktor kerohanian dan sokongan sosial bagi membentuk jati diri yang lebih sejahtera untuk membasmi masalah penyalahgunaan bahan. Ini dapat membendung masalah yang lebih besar seperti kecenderungan keganasan dan sikap tidak produktif yang seterusnya merugikan negara dari aspek penggunaan sumber manusia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Falsafah Sains Sosial (Psikologi) | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Recovering addicts -- Family relationships | |
dc.subject | Substance abuse -- Patients -- Family relationships | |
dc.subject | Addicts -- Family relationships | |
dc.subject | Addicts -- Rehabilitation | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Faktor kerohanian dan sokongan sosial sebagai sumber kepulihan bekas penyalahguna bahan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 165 | |
dc.identifier.callno | HV4998.N847 2018 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004505(2020) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117653+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 690.19 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.