Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460794
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNazlina Ibrahim, Dr.-
dc.contributor.authorNardiah Rizwana Jaafar (P38661)-
dc.date.accessioned2023-09-20T03:50:27Z-
dc.date.available2023-09-20T03:50:27Z-
dc.date.issued2011-07-31-
dc.identifier.otherukmvital:114830-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460794-
dc.descriptionKajian ini dijalankan bagi menghasilkan plasmid rekombinan bagi pengekspresan genom virus hepatitis B (HBV) dan antigen teras HBV (HBcAg) di dalam sel mamalia. Sumber DNA HBV diperoleh daripada enam sampel darah pesakit yang positif virus. Genom bebenang ganda dua DNA (dsDNA) HBV berjaya diekstrak daripada empat sampel darah sahaja dengan saiz ~ 3.2 kb. Sampel-sampel tersebut dilabelkan sebagai HBUKM1-HBUKM4. Gen bagi HBcAg diamplifikasi daripada kesemua sampel melalui tindak balas berantai polimerase (PCR). Genom dan gen HBcAg telah diklonkan ke dalam vektor pengklonan pGEM®-T Easy. Penyaringan klon yang membawa selitan genom dan gen HBcAg dilakukan dengan kaedah PCR dan analisis enzim penyekat. Selain itu, analisis jujukan nukleotida turut dilakukan bagi mengesahkan kehadiran selitan DNA dan gen HBcAg. Persamaan jujukan genom dan gen HBcAg yang tinggi iaitu di antara 90-98% dengan data di dalam Gen Bank menunjukkan kejayaan ligasi selitan ke dalam vektor. Sepuluh klon yang mengandungi genom HBV dan gen HBcAg telah dilabelkan masing-masing sebagai pGHB1-pGHB10 dan pGHBc1-pGHBc10. Gen bersaiz ~573 bp daripada pGHBc dan genom bersaiz ~3.2 kb daripada pGHB telah disubklon ke dalam tiga vektor pengekspresan sistem mamalia iaitu pTARGETTM, pcDNA/His Max TOPO dan pQE. Pengsubklonan genom HBV ke dalam ketiga-tiga vektor pengekspresan tidak berjaya dilakukan. Manakala bagi gen antigen teras HBV, pengsubklonan berjaya dilakukan menggunakan vektor-vektor pengekspresan pcDNA dan pTARGETTM sahaja. Klonklon daripada plasmid pTARGETTM yang mengandungi selitan dilabel sebagai pThbc1-pThbc8 manakala klon-klon positif daripada plasmid pcDNA dikenali sebagai pCHepB1-pCHepB8. Sel karsinoma hepatosel manusia; HepG2 telah ditransfeksi dengan vektor-vektor rekombinan tersebut bagi mengkaji pengekspresan protein HBcAg. Pertumbuhan sel tertransfek dipilih dengan kehadiran larutan pemilih 400 μg/mL G418. Daripada pemerhatian, didapati kadar pertumbuhan sel yang ditransfeksi dengan pThbc adalah lebih cepat iaitu di antara 3-4 hari berbanding sel yang ditransfeksi pCHepB yang mengambil masa lebih kurang 10 hari untuk menjadi ekalapis. Analisis protein medium dan sel ekalapis yang dituai menunjukkan kehadiran protein bersaiz ~ 21 kDa. Analisis pemedapan Western dan pemedapan titik mengesahkan kehadiran protein HBcAg di dalam sel HepG2 yang ditransfeksi dengan vektor pengekspresan rekombinan, pThbc dan pCHepB.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah ,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHepatitis B virus-
dc.subjectPlasmids-
dc.subjectHepatitis-
dc.subjectViral-
dc.subjectRecombinant viruses-
dc.subjectCancer cells-
dc.subjectMammals-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePembinaan plasmid rekombinan bagi pengekspresan antigen teras virus Hepatitis B di alam sel kanser manusia (HepG2)-
dc.typetheses-
dc.format.pages124-
dc.identifier.callnoQR201.H46N345 2011 tesis-
dc.identifier.barcode002436(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114830+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.92 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.