Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460792
Title: | Transformasi persepsi gender dalam novel Azizi Haji Abdullah |
Authors: | Dharmaletchimi Naidu Nesen (P41192) |
Supervisor: | Mawar Shafei, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Malay fiction -- History and criticism Sex (psychology) in literature Sex role in literature Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Aug-2011 |
Description: | Penyelidikan ini menganalisis transformasi persepsi gender dalam novel-novel dewasa Azizi Haji Abdullah. Sebagai seorang pengarang yang prolifik di Malaysia, Azizi didapati menulis mengikut trend semasa agar karyanya diterima baik penerbit mahupun masyarakat. Perbincangan bertumpu pada analisis intrepretif- deskriptif dengan menggunakan pendekatan gender memandangkan dikotomi gender turut melambangkan nilai sesuatu masyarakat. Novel-novel Azizi dibahagikan kepada empat fasa iaitu dari fasa 70-an sehingga dekad mutakhir. Pembahagian dilakukan mengikut tahun penerbitan novel kajian. Dasarnya, kajian ini cuba mendalami persepsi pengarang terhadap dikotomi posisi, fungsi dan peranan gender. Hasil kajian mendapati wujud transformasi persepsi gender dalam novel-novel Azizi. Novel-novel fasa pertama memperlihatkan Azizi sangat memencilkan watak-watak wanitanya dan bersifat androsentrisme. Sebaliknya dalam novel fasa kedua watak-watak wanita diberi perhatian istimewa. Mereka mula dilindungi, diberi autonomi, kedudukan dan keluar dari kepompong kebisuan. Novel-novel fasa ketiga pula rata-rata membuktikan Azizi menyelitkan idea-idea kesetaraan gender dalam novelnya. Pengarang berwibawa ini mula cenderung ke akar patriarki dengan kaedah tersendiri iaitu tanpa merendah-rendahkan status wanita sebagaimana yang diperlihatkan pada dekad 70-an dalam novel-novel mutakhirnya. Perubahan persepsi gender dalam novel-novel Azizi rata-rata disebabkan perubahan milieu dan worldview masyarakat di samping perkembangan sosialisasi dan pemikirannya. Antara faktor yang turut mendorong perubahan ini ialah latar belakang keluarganya, pendidikan yang diterima, kerjayanya sebagai guru, penulis dan editor, usia kepengarangannya dan personaliti Azizi Haji Abdullah.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Falsafah |
Pages: | 193 |
Call Number: | PL5144.D483 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114828+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 979.2 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.