Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460787
Title: Antara Hang Tuah dan Minamoto Tametomo: daripada folklor kepada epik
Authors: Asai Kenta (P28884)
Supervisor: Shaiful Bahri Md. Radzi, Dr.
Keywords: Malays (Asian people) -- Folklore
Japanese -- Folklore
Protagonists (Persons)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Aug-2010
Description: Kajian ini membincangkan dua orang wira iaitu Hang Tuah dan Minamoto Tametomo daripada dua budaya yang berbeza, Melayu dan Jepun. Dalam sejarah sebenar, kedua-dua tokoh ini merupakan hulubalang Melayu dan samurai Jepun yang dilegendakan kehebatannya dalam folklor budaya masing-masing sehingga melampaui kemampuan manusia biasa. Berbanding Minamoto Tametomo, Hang Tuah kemudiannya diangkat dari tokoh wira legenda yang bersifat tempatan kepada tokoh epik yang menjadikannya wira bangsa Melayu. Sehubungan itu, kajian ini mengungkap permasalahan kajian apakah Minamoto Tametomo yang hanya merupakan tokoh legenda dalam budaya Jepun dapat diangkat sebagai tokoh epic sama seperti Hang Tuah dalam budaya Melayu Kajian yang menggunakan pendekatan perbandingan ini mengaplikasikan datanya ke atas Hikayat Hang Tuah dan Chinsetsu Yumiharizuki. Dapatan kajian membuktikan bahawa kedua-dua tokoh wira ini, baik Hang Tuah mahupun Minamoto Tametomo menepati kriteria tokoh sejarah dan juga wira legenda sebagai asas kepada tokoh epik. Sebagai tokoh sejarah, Hang Tuah hidup pada masa kerajaan Melaka mencapai kegemilangannya di abad ke-15 manakala Minamoto Tametomo hidup pada zaman perubahan Jepun daripada aristokrasi kepada feudal yang penuh dengan huru-hara perang saudara di abad ke-12. Kehebatan mereka sebagai hulubalang dan samurai dalam sejarah ini merupakan asas kepada terciptanya pelbagai cerita legenda yang bersifat tempatan bagi menggambarkan kehandalan masing-masing yang kemudiannya bertukar kepada tokoh epik yang bersifat bangsa. Walaupun dalam budaya Jepun, kematian secara tragedi dan status keturunan bangsawan merupakan kriteria wira tempatan yang utama tetapi kesetiaan terhadap penaung serta kegagahan, kebijaksanaan dan kemahiran bermain senjata menepati corak wira sejagat. Kedua-dua sifat sejagat dan tempatan inilah yang membolehkan Hang Tuah dan Minamoto Tametomo menjadi wira ideal yang dapat menunaikan aspirasi sosial zaman mereka baik dalam Hikayat Hang Tuah mahupun Chinsetsu Yumiharizuki sehingga mereka dapat dianggap sebagai tokoh wira epik. Oleh itu, Minamoto Tametomo dapat diangkat sebagai wira epic sama seperti Hang Tuah.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Falsafah
Pages: 191
Call Number: GR308.5.M34K466 2010 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114621+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
17.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.