Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460776
Title: Rekonstruksi dan klasifikasi dialek Hulu Pahang purba
Authors: Mohd Tarmizi Hasrah (P52095)
Supervisor: Shahidi Abdul Hamid, Dr.
Keywords: Malay language -- Dialects -- Pahang
Malay language -- Slang
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Mar-2012
Description: Kajian ini adalah suatu usaha untuk merekonstruksi bentuk purba salah satu dialek yang diandaikan wujud di salah satu kawasan di Semenanjung pada suatu ketika dahulu, iaitu yang digelar dalam kajian ini sebagai Dialek Hulu Pahang Purba (DHPP). Ini diikuti pula oleh usaha yang kedua, iaitu klasifikasi dialek purba tersebut bersama dengan varian-varian semasanya. Upaya rekonstruksi dan klasifikasi dialek purba itu dijalankan dengan menggunakan kaedah perbandingan kualitatif melalui pembinaan perangkat kesepadanan bunyi. Perbandingan ini menyerlahkan dapatan utama kajian, iaitu penentuan fonem dialek purba tersebut, dan mengesan ciri inovasi dan retensi yang berguna untuk tujuan klasifikasi. Lima buah varian di Hulu Pahang dijadikan dasar kepada perbandingan ialah varian Serau, Beralas, Kuala Kenong, Tanjung Bungor dan Benta. Berasaskan pendekatan linguistik perbandingan sejarawi, maka kajian ini telah merekonstruksi dan mengklasifikasi DHPP dengan memanfaatkan data dialek-dialek atau varian-varian yang dituturkan pada masa kini itu bagi menyingkapi keadaannya pada masa dahulu. Hasilnya terbukti bahawa DHPP memiliki 18 buah konsonan, iaitu p, b, t, d,k, g, s, h, m, n, dan empat buah vokal, iaitu i, a, u. Di samping kewujudan fonem-fonem tersebut, kajian ini juga mendapati bahawa DHPP dicirikan oleh 4 jenis inovasi yang memisahkan dialek purba ini daripada bahasa Melayik Purba (MP), iaitu MP > DHPP, MP > DHPP, MP K > DHPP K (K = Konsonan), MP dan aw > DHPP. Klasifikasi varian-varian semasanya pula memperlihatkan varian Serau, Kuala Kenong dan Benta, yang berada di bawah cabang yang sama, lebih rapat berbanding dengan varian Beralas dan Tanjung Bungor yang masing-masingnya berada di bawah cabang yang berbeza. Kajian ini secara langsungnya telah merintis usaha-usaha untuk merekonstruksi dialek-dialek Melayu Semenanjung yang lebih tinggi tahapnya, misalnya seperti Dialek Pahang Purba, Dialek Semenanjung Purba atau Melayu Purba sendiri.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Falsafah
Pages: 244
Call Number: PL5094.5.P3M847 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114381+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.