Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460773
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorShahrul Asyikin Shamsudin (P46950)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:50:03Z-
dc.date.available2023-09-20T03:50:03Z-
dc.date.issued2012
dc.identifier.otherukmvital:114378
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460773-
dc.descriptionStigma yang terbentuk secara sosial mempengaruhi kehidupan individu yang dijangkiti virus pemusnah daya ketahanan tubuh atau human immunodeficiency virus (HIV) dan sindrom kurang daya ketahanan melawan penyakit atau acquired immune deficiency syndrome (AIDS). Stigma yang dikaitkan dengan HIV/AIDS menghalang pengidapnya daripada mengamalkan tingkah laku yang boleh mengurangkan transmissi HIV/AIDS seperti melakukan ujian darah untuk pengesanan HIV secara suka rela dan memberitahu status HIV positif kepada pasangan dan keluarga. Pengidap HIV/AIDS selalunya dipersalahkan, dinafikan hak dan dilabelkan negatif oleh orang lain. Tesis ini cuba menunjukkan adakah penderitaan melemahkan diri pengidap HIV/AIDS. Tiga objektif utama tesis ini adalah memahami stigma yang dihadapi oleh pengidap HIV/AIDS, menganalisis makna diri dan strategi yang diambil oleh mereka untuk menghindari stigma dan diskriminasi. Data diperolehi daripada kajian kualitatif yang dilakukan di Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Perlis dalam tahun 2009 hingga 2010 dengan menggunakan kaedah temu bual mendalam terhadap 28 orang responden yang terdiri daripada HIV/AIDS positif dan beberapa orang informan utama (seperti pegawai perubatan, PUSPEN, Penjara dan Rumah Perlindungan). Akibat daripada status sebagai pengidap HIV/AIDS, informan mengalami kehilangan diri (isolasi sosial, kehidupan terbatas, aib dan merasakan diri sebagai beban sosial, ekonomi dan rohani kepada ahli keluarga terdekat). Sebagai usaha untuk menghindari diri daripada stigma dan diskriminasi, mereka membentuk strategi tersendiri dengan tidak melakukan ujian darah sebelum kahwin, mengajak pasangan berkahwin di Negara lain, tidak memberitahu status kesihatan kepada orang lain, berpindah tinggal ditempat lain (seperti rumah perlindungan dan rumah adik beradik di tempat lain), tidak berkahwin dan tidak mendapatkan rawatan untuk HIV/AIDS. Bagi informan yang telah berkahwin atau mempunyai pasangan seksual, mereka tidak memberitahu status kesihatan diri dan mengamalkan hubungan seks yang tidak selamat. Tindakan mereka ini menyebabkan HIV/AIDS tersebar kepada orang lain.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectStigma (Social psychology)
dc.subjectSocial isolation
dc.subjectAIDS (Disease) -- Patients
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleStigma, diri dan strategi menghindari stigma dalam kalangan pengidap HIV positif
dc.typetheses
dc.format.pages264
dc.identifier.callnoHM1131.S533 2012 tesis
dc.identifier.barcode002272(2012)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114378+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
18.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.