Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460770
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sarmila Md. Sum, Dr. | |
dc.contributor.author | Maisarah Che Ahmed (P77636) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-20T03:50:00Z | - |
dc.date.available | 2023-09-20T03:50:00Z | - |
dc.date.issued | 2018-08-10 | |
dc.identifier.other | ukmvital:113178 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460770 | - |
dc.description | Modal sosial merupakan salah satu elemen penting dalam proses pembangunan dan telah dikenal pasti sebagai keperluan utama dalam usaha membangunkan ekonomi komuniti. Justeru itu, pembentukan modal sosial oleh institusi pembangunan perlu diberikan perhatian dalam usaha meningkatkan prestasi ekonomi sesebuah komuniti. Kajian ini bertujuan untuk memahami langkah koperasi membangunkan modal sosial dalam kalangan komuniti ahli koperasi serta mengenal pasti bentuk modal sosial yang terhasil dari penglibatan komuniti dalam koperasi. Model rantaian pembangunan komuniti yang mengaitkan modal sosial sebagai komponen penting yang wujud dalam pembangunan komuniti mendasari kajian ini. Kajian kualitatif yang mendukung falsafah interpretivisme telah dijalankan bagi mengkaji fenomena ini. Kajian ini telah menemu bual seramai 30 orang ahli koperasi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan sebagai informan kajian. Analisis tematik telah digunakan bagi menganalisa data kajian. Sebanyak 50 tema asas telah dikenal pasti dan diklusterkan kepada 25 tema utama. Berdasarkan analisis berasaskan tema-tema yang ditemui, menunjukkan koperasi berusaha membangunkan modal sosial komuniti melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam koperasi. Pada masa yang sama, melalui usaha yang dijalankan oleh koperasi telah membentuk tiga kategori modal sosial iaitu modal sosial bonding, modal sosial bridging dan modal sosial linking dari kajian kes ini. Dengan ini, koperasi telah melaksanakan usaha yang menyumbang kepada pembentukan modal sosial dalam kalangan ahli dan seterusnya memberi pemahaman yang lebih jelas bahawa koperasi berpotensi membangunkan tiga kategori modal sosial dalam usaha membangunkan komuniti.,Sarjana Falsafah | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pertubuhan Peladang Kawasan | |
dc.subject | Koperasi | |
dc.subject | Modal sosial | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pembentukan modal sosial oleh ahli koperasi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang, Pasir Puteh Kelantan melalui koperasi | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 164 | |
dc.identifier.barcode | 004310(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_113178+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.52 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.