Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460767
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Suhaimi Mohamad, Dr. | |
dc.contributor.author | Mohd Alwi Mohd Mustafa (P77419) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-20T03:49:58Z | - |
dc.date.available | 2023-09-20T03:49:58Z | - |
dc.date.issued | 2018-08 | |
dc.identifier.other | ukmvital:106624 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460767 | - |
dc.description | Sokongan sosial adalah penting dalam menyediakan persekitaran yang positif terhadap kesihatan mental seseorang individu terutama dalall1 kalangan bakal pesara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh sokongan sosial dan persediaan persaraan terhadap kesihatan mental dalam kalangan bakal pesara penjawat awal. Sokongan sosial terdiri daripada sokongan sosial formal dan tidak formal, manakala persediaan persaraan pula merangkumi empat aspek penting iaitu jaminan pendapatan, kehilangan peranan, penghargaan kendiri dan status kesihatan. Kajian menggunakan rekabentuk kuantitatif yang dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kajian tinjauan dan kaedah persampelan rawak mudah. Seramai 377 orang penjawat awall1 yang akan bersara pada tahun 2017 iaitu daripada 24 buah Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan telah dipilih tanpa mengira latar be1akang kategori pekerjaan, gred jawatan dan jenis pekerjaan. Kajian ini menggunakan set soalselidik yang ll1engandungi semua pemboleh ubah kajian iaitu Perceived Social Support bagi mengukur sokongan sosial, Persediaan Persaraan bagi mengukur perancangan persaraan dan Skala Kesihatan Umum bagi mengukur kesihatan mental. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan penjawat awam yang bakal bersara mempunyai tahap sokongan sosial dan tahap persediaan persaraan yang sederhana, serta mempunyai tahap kesihatan mental yang baik. Hasil kajian turut menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara sokongan sosial dan persediaan persaraan terhadap kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam yang bakal bersara. Daripada analisis juga, didapati bahawa sokongan sosial dan persediaan persaraan mempunyai pengaruh terhadap kesihatan mental bagi golongan ini. Keputusan kajian ini jelas menunjukkan bahawa kesihatan mental yang baik boleh dicapai menerusi sokongan sosial yang kukuh serta perancangan persediaan yang komprehensif. Oleh itu, adalah penting bagi semua pihak sama ada bakal pesara, pasangan dan keluarga bakal pesara untuk memperkukuhkan elemen sokongan sosial serta menjadi tanggllngjawab pihak organisasi untuk memastikan persediaan bakal pesara untuk menghadapi persaraan adalah lebih tersusun dan sistematik. Kesemua aspek di atas perlu diambil kira dalam praktis kerja sosial yang melibatkan aspek pengurusan kerja sosial meliputi penggllbalan dasar, perancangan dan pelan tindakan di peringkat makro.,Sarjana Falsafah | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Retirees -- Social aspects -- Malaysia | |
dc.subject | Retirement -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengaruh sokongan sosial dan persediaan persaraan terhadap Kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam yang akan bersara | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 199 | |
dc.identifier.callno | HQ1062.M833 2018 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003786(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_106624+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 105.8 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.