Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460766
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhadijah Alavi, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNoraini Che' Sharif (P74418)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:49:55Z-
dc.date.available2023-09-20T03:49:55Z-
dc.date.issued2018-10-05
dc.identifier.otherukmvital:106623
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460766-
dc.descriptionKualiti hidup warga emas demensia saling berkait antara kebimbangan dan kemurungan yang dialami oleh warga emas demensia di institusi penjagaan. Peranan pekerja sosial di institusi dalam aktiviti bermakna terhadap warga emas demensia adalah penting dalam mencapai tahap kualiti hidup. Tujuan kajian ini ialah mengkaji hubungan antara tahap kebimbangan dan tahap kemurungan dengan kualiti hidup warga emas demensia dan peranan pekerja sosial dalam menjalankan aktiviti bermakna di institusi penjagaan bagi meningkat kesejahteraan hidup warga emas. Kajian yang dijalankan ini mengunakan Teori Kemurungan Kognitif Beck dan Teori Perkembangan Psikososial. Reka bentuk gabungan yang melibatkan dua fasa digunakan dalam kajian iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini telah dijalankan di Rumah Seri Kenangan Cheras. Sampel kajian kuantitatif terdiri daripada 58 responden warga emas demensia tahap ringan dan sederhana dipilih melalui proses penyaringan oleh pakar psikologi klinikal. Kajian kuantitatif ini telah mengunakan instrumen Quality Of Life-AD (QoL-AD), Geriatric Depression Scale (GDS) dan Beck Anxiety Inventory (BAI) untuk mengkaji hubungan antara tahap kebimbangan dan tahap kemurungan dengan kualiti hidup warga emas demensia. Sampel kajian kualitatif melibatkan 5 informan yang dipilih menggunakan persampelan bertujuan bagi memahami peranan pekerja sosial dalam menjalankan aktiviti bermakna untuk warga emas demensia di RSK Cheras. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang tidak signifikan antara kualiti hidup dengan tahap kebimbangan. Manakala hubungan antara kualiti hidup dan tahap kemurungan warga emas demensia di RSK Cheras adalah signifikan. Hasil kajian kualitatif menjelaskan bahawa terdapat peranan pekerja sosial di institusi dalam melaksanakan aktiviti bermakna untuk membantu warga emas demensia di RSK Cheras mencapai tahap kualiti hidup. Hasil kajian merumuskan bahawa hubungan kualiti hidup dengan tahap kebimbangan dan tahap kemurungan yang dialami oleh warga emas demensia saling berkait dan penglibatan pekerja sosial dengan pelbagai aktiviti bermakna dapat membantu meningkatkan lagi kualiti hidup warga emas di institusi. Implikasi utama kajian ini ialah pekerja sosial perlu diberi latihan bagi melaksanakan aktiviti bermakna seperti aktiviti terapi kenangan berkelompok bagi membantu warga emas demensia di institusi untuk meningkatkan kualiti hidup.,Sarjana Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectOlder people -- Social conditions -- Malaysia
dc.subjectDementia -- Malaysia
dc.subjectDepression in old age -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleHubungan antara kualiti hidup dengan kebimbangan dan kemurungan warga emas demensia di institusi
dc.typetheses
dc.format.pages142
dc.identifier.callnoHQ1061.N637 2018 tesis
dc.identifier.barcode003785(2019)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106623+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
874.37 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.