Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460765
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRosniza Aznie Che Rose, Dr.
dc.contributor.authorSiti Norsakira Mohamed (P77559)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:49:54Z-
dc.date.available2023-09-20T03:49:54Z-
dc.date.issued2018-01
dc.identifier.otherukmvital:106622
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460765-
dc.descriptionKajian di destinasi berpotensi tinggi pelancongan warisan ini didasarkan oleh faktor bukti petempatan manusia yang telah bermula sejak 2500 - 2400 tahun yang lampau. Kajian bertujuan mengkaji bangunan dan kawasan tinggalan sejarah di bandar Kuala Lipis yang masih mempunyai potensi pelaburan untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan warisan. Objektif utama kajian adalah mengenal pasti lokasi-lokasi yang berpotensi untuk dijadikan sebagai produk pelancongan warisan dan mengemukakan cadangan bagi memelihara warisan sejarah lokal. Objektif kajian tersebut berjaya dicapai berdasarkan analisis kuantitatif dengan menggunakan instrumen borang soal selidik terhadap 100 orang penduduk tempatan. Hasil kajian mendapati Kuala Lipis mempunyai lebih dari empat jenis gaya seni bina bangunan yang menyumbang kepada ciri-ciri warisan dan keunikannya. Antaranya ialah seni bina nusantara, tradisional Melayu, selatan China, pengaruh Moghul, neo-klasikal, tudor, art-deco dan palladian (Sino-Malay). Hasil kajian turut menunjukkan bahawa penduduk tempatan di Kuala Lipis menerima dan bersedia untuk turut serta dalam aktiviti pelancongan warisan di lokasi kajian. Kekurangan kemudahan awam dan kemudahan pengangkutan telah membawa rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan dan mewujudkan kelemahan dalam sistem kemudahsampaian. Walau bagaimanapun, Kuala Lipis masih boleh dibangunkan memandangkan destinasi kajian sentiasa menerima kedatangan pelancongan berasaskan warisan terutama dalam kalangan pelajar dan pengkaji daripada pelbagai tempat walaupun dalam skala yang kecil. Cadangan utama pembangunan ialah meningkatkan aksesibiliti kemudahan awam yang sedia ada di bandar Kuala Lipis dan menarik lebih ramai pelancong. Cadangan tersebut ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya bagi mempertingkatkan mutu destinasi pelancongan sekali gus memperkenalkan bandar Kuala Lipis sebagai destinasi pelancongan warisan yang utama pada masa akan datang.,Sarjana Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectHeritage tourism -- Malaysia
dc.subjectCity planning -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePelancongan warisan sebagai tunjang pembangunan bandar Kuala Lipis
dc.typetheses
dc.format.pages179
dc.identifier.callnoG156.5.H47S568 2018 tesis
dc.identifier.barcode003784(2019)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106622+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.