Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460764
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhadijah Alavi, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorSiti Zaila Husin (P80459)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:49:53Z-
dc.date.available2023-09-20T03:49:53Z-
dc.date.issued2018-07-02
dc.identifier.otherukmvital:106621
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460764-
dc.descriptionPengabaian warga emas merupakan fenomena yang kurang dikaji oleh penyelidik tempatan. Isu sejagat ini berkait rapat dengan peningkatan drastik jangka hayat warga emas. Perubahan demografi secara tidak langsung mengundang trend pengabaian warga emas di hospital. Hal ini mencetuskan kebimbangan kepada pihak hospital apabila terdapat warga emas yang menghabiskan riwayatnya di rumah kebajikan selepas ditinggalkan oleh anak dewasa atau penjaga di hospital. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk meneroka masalah pengabaian dan bentuk sokongan sosial pesakit warga emas terbiar serta peranan pekerja sosial di hospital. Kajian ini melibatkan 15 orang pesakit warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas dan dirujuk ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Pusat Perubatan UKM bagi tujuan penempatan institusi. Pemilihan responden dilakukan secara persampelan bertujuan dan ditemu bual secara mendalam. Manakala penentuan bilangan responden kajian pula adalah berdasarkan kepada ketepuan data. Kajian yang dijalankan ini menggunakan reka bentuk kualitatif berpandukan kepada kaedah kajian kes. Pengumpulan data juga dilakukan melalui pemerhatian, temu bual dan dan analisis data. Analisis yang dilakukan dalam proses penulisan adalah dengan menggunakan pendekatan tematik. Penemuan hasil kajian mendapati responden kajian mempunyai enam punca pengabaian iaitu status kesihatan, kematian pasangan, kesibukan masa anak dewasa, perubahan status agama, perubahan maklumat keluarga dan ketiadaan tali perhubungan keluarga. Kajian ini juga mendapati responden hanya menerima sokongan sosial daripada cucu, rakan-rakan dan jiran tetangga sepanjang berada di hospital. Manakala sokongan sosial yang diperolehi responden meliputi sokongan tangible seperti sumbangan kewangan dan penyediaan makan minum dan sokongan non-tangible pula adalah seperti tempat bersembang dan sokongan moral dan kerohanian. Hasil kajian mendapati peranan pekerja sosial hospital seperti memberi bantuan kewangan dan sokongan emosi amat membantu warga emas terbiar di hospital. Kajian ini merumuskan bahawa pekerja sosial, hospital dan komuniti perlu bekerjasama dalam mengurangkan masalah pengabaian pesakit warga emas di hospital. Justeru, hasil kajian ini mencadangkan agar mewujudkan sebuah pusat transit di hospital bagi melatih anak dewasa atau penjaga pesakit kronik dalam kalangan warga emas sebelum discharge daripada hospital ke rumah. Latihan secara hands-on ini dapat membantu mengurangkan pengabaian pesakit warga emas dan beban penjagaan dalam kalangan anak dewasa dan penjaga tersebut.,Sarjana Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectOlder people -- Care
dc.subjectSocial workers
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengabaian pesakit warga emas terbiar dan peranan pekerja sosial hospital
dc.typetheses
dc.format.pages139
dc.identifier.callnoHV1451.S568 2018 tesis
dc.identifier.barcode003783(2019)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106621+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.