Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460759
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shaiful Bahri Md. Radzi, Dr. | |
dc.contributor.author | Nor Suhada Roslan (P77478) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-20T03:49:49Z | - |
dc.date.available | 2023-09-20T03:49:49Z | - |
dc.date.issued | 2017-01-23 | |
dc.identifier.other | ukmvital:97794 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460759 | - |
dc.description | Kajian ini membicarakan dunia wanita dalam genre hikayat Melayu. Pembicaraan dunia wanita ini berkisar ke atas perlukisan watak wanita oleh pengarang terutama watak protagonisnya yang diangkat martabatnya dengan kecantikan serta dilengkapi kekentalan emosi dan kekuatan fizikal bagi menandingi kehebatan watak lelaki. Senario ini suatu yang bertentangan dengan realiti kehidupan zaman itu memandangkan penciptaan karya ini berlatarbelakangkan masyarakat Melayu feudal abad ke-19 yang kuat dengan semangat patriarki. Data kajian ini adalah karya hikayat bersifat fiksyen dalam bentuk puisi berjudul Syair Sultan Abdul Muluk buah tangan Raja Ali Haji. Bagi menganalisis perlukisan watak wanita ini maka teori kritik feminisme Showalter diaplikasikan. Dapatan kajian membuktikan bahawa Raja Ali Haji secara sedar mengangkat martabat wanita yang sememangnya berada di kedudukan kedua di belakang lelaki memandangkan segala perlukisan itu hanyalah terbatas dalam karya yang bersifat imaginasi buat berhibur semata-mata. Pemotretan ini dibuat dalam dua keadaan; wanita sebagai wanita dan wanita dalam penyamaran. Dalam wanita sebagai wanita, watak itu secara eksklusif hanya buat wanita golongan bangsawan, golongan yang setaraf dengan Raja Ali Haji yang hidup di lingkungan istana. Sebagai golongan bangsawan, wanita itu diperikan cantik lalu dipadankan dengan segala motif wanita cantik seperti bulan dan matahari. Mereka juga dilengkapi kekentalan emosi dan kekuatan fizikal bagi menghadapi segala kemungkinan termasuk penderaan. Sebaliknya, dalam penyamaran, wanita itu bebas untuk bergerak sebagai petualang dalam melaksanakan misi membebaskan suami yang ditawan serta dibekalkan kekuatan fizikal; gagah dan berani. Jelasnya, watak wanita diangkat dalam 'kepalsuan realiti' di dunia hikayat yang bersifat fiksyen dan khayalan. Sesungguhnya Raja Ali Haji menghasilkan karya ini bagi memenuhi tuntutan naluri zaman mudanya ketika itu di kemuncak keghairahan naluri kelelakiannya. Kemunculan karya ini juga memberikan suatu gambaran yang begitu signifikan dalam melihat kehidupan wanita Melayu abad ke-19.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Wanita | |
dc.subject | Hikayat Raja Ali Haji | |
dc.subject | Syair Sultan Abdul Muluk | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Dunia wanita dalam Hikayat Raja Ali Haji berdasarkan Syair Sultan Abdul Muluk | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 194 | |
dc.identifier.barcode | 002890(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97794+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 430.58 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.