Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460755
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fatimah Wati Halim, Dr. | |
dc.contributor.author | Nawawi Samad (P64385) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-20T03:49:45Z | - |
dc.date.available | 2023-09-20T03:49:45Z | - |
dc.date.issued | 2017-04 | |
dc.identifier.other | ukmvital:97152 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460755 | - |
dc.description | Kajian-kajian lepas menunjukkan kepuasan kerja mempunyai hubungan signifikan dengan tret personaliti lima faktor. Bagaimanapun sangat sedikit kajian untuk meneliti mekanisma pengantaraan bagi hubungan antara tret personaliti lima faktor dengan kepuasan kerja khususnya melalui faktor gaya kepimpinan timbal balas pemimpinahli. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menguji pengaruh secara langsung lima dimensi tret personaliti (keterbukaan, kehematan, ekstraversi, kepersetujuan dan neurotik) sebagai peramal kepada kepuasan kerja ekstrinsik dan intrinsik serta pengaruh tidak langsung melalui faktor timbal balas pemimpin-ahli sebagai pengantara. Semua pemboleh ubah diukur menggunakan soal selidik yang telah diadaptasi ke dalam bahasa Melayu. Alat ukur yang digunakan adalah Big Five Inventory untuk mengukur tret personaliti lima faktor, Leader Member Exchange Multidimensional untuk mengukur timbal balas pemimpin-ahli dan Minnesota Satisfaction Questionnaire untuk mengukur kepuasan kerja. Data yang terkumpul daripada 201 profesion Penolong Pegawai Perubatan telah dianalisa menggunakan analisis pengesahan faktor (CFA) dan model persamaan struktur (SEM) dalam program AMOS 18. Keputusan menunjukkan model hipotesis peramal kepuasan kerja mempunyai indeks padanan yang baik tetapi tidak menerangkan dengan wajar pengaruh peramal ke atas kepuasan kerja ekstrinsik dan intrinsik. Oleh itu, model tersebut melalui proses spesifikasi semula. Keputusan menunjukkan model spesifikasi semula mempunyai indeks padanan lebih baik serta dapat menerangkan model peramal kepuasan kerja dengan wajar. Hanya dimensi kepersetujuan mempunyai pengaruh signifikan ke atas kepuasan intrinsik, sebaliknya dimensi keterbukaan, kehematan, ekstraversi dan neurotik tidak meramal kepuasan intrinsik. Manakala kepuasan ekstrinsik tidak dipengaruhi oleh kesemua tret personaliti lima faktor. Sementara faktor timbal balas pemimpin-ahli menjadi pemboleh ubah pengantara yang penting di antara dimensi personaliti kepersetujuan dengan kepuasan ekstrinsik (pengantaraan tidak langsung) dan intrinsik (pengantaraan pelengkap). Kesemua peramal menyumbang sebanyak 49% varian ke atas kepuasan ekstrinsik dan 48% ke atas kepuasan intrinsik. Oleh itu, hasil kajian menunjukkan model peramal kepuasan kerja boleh digunakan dalam konteks tempatan. Selain itu, alat ukur tret personaliti, timbal balas pemimpin-ahli dan kepuasan kerja sesuai digunakan sebagai indikator untuk pemilihan dan penempatan pekerja serta mengurangkan risiko pindah kerja dalam konteks organisasi perkhidmatan kesihatan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kepuasan kerja | |
dc.subject | Personaliti | |
dc.subject | Perkhidmatan kesihatan | |
dc.subject | Pengantaraan | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Pengaruh tret personaliti lima faktor terhadap kepuasan kerja dalam kalangan penolong pegawai perubatan: peranan faktor timbal balas pemimpin-ahli sebagai pengantara | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 318 | |
dc.identifier.barcode | 002906(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97152+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 154.37 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.