Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460751
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorChang Peng Kee, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNur Amalina Mohd Rashid (P69333)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:49:43Z-
dc.date.available2023-09-20T03:49:43Z-
dc.date.issued2017-01-10
dc.identifier.otherukmvital:97133
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460751-
dc.descriptionPengantarabangsaan pengajian tinggi adalah pemacu kepada pembangunan negara yang dapat mempertingkatkan daya saing sesebuah negara. Sehubungan itu, Malaysia berada dalam fasa yang pesat untuk memasarkan dan mengkomersialkan pengajian tinggi Malaysia ke arena antarabangsa. Ini diperkukuhkan dengan perancangan Pelan Strategik Pendidikan Negara 2 yang memfokuskan kepada pengantarabangsaan pengajian tinggi Malaysia melalui pengalaman alumni dan alma mater dan seterusnya dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Namun begitu, peranan alumni dalam mengantarabangsakan pengajian tinggi dianggap kurang penting kerana mereka sering dikaitkan dengan pemberian dana dan bukan sebagai orang tengah yang boleh memainkan peranan untuk mempertingkatkan proses pengantarabangsaan. Oleh itu, kajian kualitatif ini ingin melihat jika pengalaman alumni dapat memupuk hubungan yang akan membuatkan mereka memberi sumbangan kepada usaha pengantarabangsaan alma mater mereka di Malaysia. Berdasarkan kepada rekod enrolmen yang tinggi di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia sejak 2010, pengkaji telah memutuskan untuk memfokuskan kajian kepada pengalaman alumni warganegara Indonesia. Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada kerangka konsep hubungan organisasi dengan publik oleh Hon & Grunig. Temu bual mendalam bersama tiga entiti yang berbeza iaitu Pengarah Bahagian Education Malaysia, Ketua Kluster MyAlumni dan alumni warganegara Indonesia telah dibuat untuk meneroka kualiti dan jenis hubungan yang terbina antara pihak pelaksana dasar dan alumni. Hasil temu bual mendapati hubungan komunal telah terjalin antara alumni dengan alma mater dan ini membuatkan mereka secara sukarela menyampaikan informasi mengenai pengajian tinggi di Malaysia kepada rakan-rakan serta ahli keluarga, sekaligus meningkatkan proses pengantarabangsaan pengajian tinggi di Malaysia. Hubungan komunal tersebut dipengaruhi oleh kualiti hubungan yang merangkumi strategi positiviti, akses, jaringan hubungan, perkongsian tugasan dan jaminan kesahihan. Selain itu, ia juga didorong oleh usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian dan institusi pengajian tinggi untuk mengukuhkan lagi strategi pengantarabangsaan pengajian tinggi. Usaha yang dijalankan itu menonjolkan lagi keupayaan dan reputasi universiti yang mana dapat menjadi tarikan awal yang utama kepada terbentuknya hubungan komunal. Secara kesimpulannya, strategi pengukuhan hubungan alumni dan alma mater perlu diberi perhatian dalam usaha memperkukuhkan promosi dan pemasaran pengajian tinggi negara di peringkat antarabangsa.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectPengantarabangsaan
dc.subjectPengajian tinggi
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Alumni
dc.subjectHubungan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePengantarabangsaan pengajian tinggi Malaysia melalui hubungan organisasi-publik: pengalaman alumni Universiti Kebangsaan Malaysia berwarganegara Indonesia
dc.typetheses
dc.format.pages150
dc.identifier.barcode002886(2017)
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97133+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
487.54 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.