Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460747
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wan Shahrazad Wan Sulaiman Prof Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Rabiah Abdul Latiff (P55270) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-20T03:49:40Z | - |
dc.date.available | 2023-09-20T03:49:40Z | - |
dc.date.issued | 2013-09-10 | |
dc.identifier.other | ukmvital:85141 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460747 | - |
dc.description | Kemurungan selepas bersalin merupakan satu daripada episod kemurungan major. Wanita yang tidak dapat menguruskan tekanan yang dihadapi dengan baik mempunyai kebarangkalian tinggi untuk mengalami kemurungan selepas bersalin. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana pengaruh gaya perapatan, tekanan keibubapaan dan strategi daya tindak boleh mempengaruhi kecenderungan untuk mengalami kemurungan dalam kalangan wanita selepas bersalin. Sampel kajian terdiri daripada dua kumpulan iaitu kumpulan wanita yang bersalin setelah berkahwin dan kumpulan wanita yang bersalin sebelum berkahwin. Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik dengan teknik persampelan bertujuan. Seramai 181 orang responden telah dipilih menjadi subjek dalam kajian ini. Empat kumpulan soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu Postpartum Depression Sceening Scale (PDSS) yang mengukur kemurungan, Relationship Scale Questionnaire (RSQ) yang mengukur gaya perapatan, Parental Stress Index-Short Form (PSI-SF) yang digunakan untuk mengukur tekanan keibubapaan dan Brief Cope yang mengukur strategi daya tindak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan wanita yang bersalin sebelum berkahwin mempunyai kecenderungan untuk mengalami kemurungan lebih tinggi daripada kumpulan wanita yang bersalin selepas berkahwin. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan bagi faktor gaya perapatan dan dimensinya iaitu gaya perapatan selamat dan tidak selamat, tekanan keibubapaan, ciri-ciri anak dan ketidakfungsian interaksi ibu-anak dan faktor strategi daya tindak iaitu orientasi fokus masalah, orientasi fokus emosi aktif dan orientasi fokus emosi pengelakan dengan kecenderungan untuk mengalami kemurungan. Analisis regresi menunjukkan bahawa dimensi strategi daya tindak iaitu bagi orientasi fokus masalah dan orientasi fokus emosi pengelakan dan dimensi tekanan ibu dapat meramal berlakunya kemurungan selepas bersalin secara signifikan.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kemurungan | |
dc.subject | Tekanan | |
dc.subject | Postpartum depression | |
dc.title | Pengaruh tekanan keibuan, gaya perapatan dan strategi daya tindak terhadap kecenderungan untuk mengalami kemurungan postpartum | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 225 | |
dc.identifier.callno | RG852.R334 2013 | |
dc.identifier.barcode | 002190 | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85141+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.06 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.