Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460743
Title: Konflik autonomi daerah di Indonesia : kajian perbandingan antara Jawa Barat dengan Sulawesi Selatan
Authors: Rusman Ghazal (P32288)
Supervisor: Sity Daud Prof. Madya Dr.
Keywords: Local government - Indonesia
Issue Date: 11-May-2012
Description: Kajian ini membahas konflik autonomi daerah di Indonesia sebagai permasalahan politik pemerintahan, terutama kerana timbulnya pelbagai konflik dalam praktiknya di daerah. Tujuan kajian ialah membanding konflik autonomi di provinsi Jawa Barat dengan Sulawesi Selatan. Bagi menjawab permasalahan, dua metod penyelidikan digunakan, iaitu pengumpulan data primer dan data sekunder untuk dianalisis secara kualitatif. Kajian ini menggunapakai teori autonomi lokal. Bagi memperdalam analisis dan interpretasi kualitatif, kajian ini juga memberi tumpuan pada teori autonomi kewangan lokal. Atas asas tersebut, kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan autonomi daerah telah menghasilkan dua model konflik. Pertama, pertentangan terhadap pelbagai dasar semasa era Orde Baru ke dalam pelaksanaan autonomi daerah kerana ruang demokrasi yang sangat terbuka. Jenis konflik ini menonjol di Jawa Barat. Kedua, pertentangan dalam dasar autonomi daerah kerana pengembangan model agihan autoriti kepada pemerintah daerah yang tidak jelas, di mana semua kelompok yang berkepentingan dapat memanfaatkan untuk memperoleh keuntungan. Keadaan ini banyak berlaku di Sulawesi Selatan. Penemuan kajian ini pula menjelaskan bahawa pelaksanaan autonomi mendorong kebangkitan kekuatan pemerintah daerah untuk membangun secara pesat sesuai potensinya. Begitupun, penglibatan rakyat berkembang secara signifikan mempengaruhi dasar pemerintah melalui mekanisme demokrasi lokal. Pada asas konsepsual, perintah perlembagaan negara Indonesia selaras dengan teori autonomi, namun mengalami kelemahan akibat kuasa pemerintah pusat membuat pelbagai peraturan yang meletakkan autoriti pemerintah daerah bergantung pada kehendak politik pemerintah pusat. Jadi, pemerintah daerah mengambil kedudukan setengah autonomi, di mana pemerintah daerah berperanan merumuskan dan membuat keutamaan dasar, tetapi keputusan akhir tetap di tangan pemerintah pusat. Akibatnya, autoriti daerah kembali ke kuasa pemerintah pusat. Bertumpu pada hasil kajian tersebut, tesis ini mencadangkan konsepsi alternatif bagi pelaksanaan autonomi di daerah. Pertama, konsep autonomi tidak membenarkan duplikasi fungsi antara setiap peringkat pemerintah untuk menciptakan tanggungjawab pemerintahan secara jelas. Kedua, pengagihan autoriti langsung diatur dengan jelas di dalam undang-undang, bukan melalui peraturan pemerintah pusat. Pendekatan ini membenarkan pengagihan autoriti mengambil unsur fleksibiliti, iaitu pemerintah daerah dapat mengembalikan autoriti kepada pemerintah pusat jika tidak mampu melaksanakan. Keadaan ini dapat menunjukkan kejayaan dan kegagalan setiap pemerintahan daerah dalam melaksanakan autonomi. Di sini pula, titik keseimbangan autoriti pusat dengan autoriti daerah tetap terjaga sebagai satu kesatuan sistem politik pemerintahan nasional.,Ph.D
Pages: 343
Call Number: JF197.R847 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84878+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.