Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460742
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamad Fauzi Sukimi, Dr.
dc.contributor.authorDayang Hajyrayati Awg Kassim (P51452)
dc.date.accessioned2023-09-20T03:49:36Z-
dc.date.available2023-09-20T03:49:36Z-
dc.date.issued2013-09-10
dc.identifier.otherukmvital:84830
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460742-
dc.descriptionKajian ini berlatarbelakangkan isu bahawa pelaksanaan skim pembangunan tanah untuk membangunkan ekonomi Sarawak telah mengubah corak kehidupan kaum minoriti di kawasan pedalaman. Aspirasi kerajaan untuk mencapai pembangunan memberi kesan ke atas sistem tradisional yang diamalkan sejak generasi. Indikator bagi modenisasi adalah pertumbuhan ekonomi, yang tidak dapat dipisahkan daripada penggunaan tanah yang efektif sekaligus menjadikan tanah sebagai aset pengeluaran utama di Sarawak. Justeru, proses pembangunan tanah melibatkan pemilikan tanah dalam skala besar-besaran untuk tujuan pertanian berskala besar telah menolak masyarakat Seping ke dalam transisi sosio-ekonomi dann budaya yang pesat. Transisi yang berlaku daripada kebergantungan sepenuhnya terhadap tanah dan sumber semula jadi sebagai sumber penghidupan kepada pendekatan yang lebih diversifikasi akan dinilai secara mendalam untuk merungkai bagaimana kaum Seping berupaya membentuk strategi kehidupan yang berlanjutan. Kajian ini turut melihat pengaruh pembangunan tanah yang menyumbang kepada faktor-faktor yang menentukan strategi kehidupan masyarakat Seping dan mengenalpasti mekanisme adaptasi yang digunakan untuk menghadapi isu-isu berkenaan hak milik tanah serta pengurusan sumber yang terhad. Pendekatan kualitatif digunakan di mana data-data kajian adalah berbentuk subjektif dan sejarah. Teknik pengumpulan data yang digunakan ialah kaedah pemerhatian, kaedah temubual, kaedah temubual kumpulan fokus, dan kaedah pengumpulan sumber perpustakaan dan arkib. Unit analisis dalam kajian ini adalah individu dan isi rumah masyarakat Seping yang menetap di Long Koyan, Ulu Belaga. Kajian lapangan dijalankan sekitar bulan April-May 2011. Hasil kajian menunjukkan bahawa hampir keseluruhan isi rumah kaum Seping terlibat dalam strategi penghidupan yang menggabungkan aktiviti pertanian secara sara diri dan aktiviti ekonomi tunai untuk bertahan hidup. Antara implikasi daripada aktiviti pembangunan tanah adalah sumber semula jadi yang terhad dan kekurangan kawasan untuk bertani, peningkatan migrasi ke bandar di kalangan generasi muda dan diversifikasi dari segi aktiviti ekonomi yang juga menumpukan kepada ekonomi tunai. Melihat berbagai-bagai strategi yang diterapkan oleh kaum Seping untuk menjamin kelangsungan hidup dalam arus pembangunan yang pesat menunjukkan bahawa mereka mempunyai mekanisme yang dinamis untuk menyesuaikan kehidupan mereka dalam pelbagai keadaan. Walaupun masyarakat Seping tidak terlibat secara aktif di dalam pertanian secara komersil,mereka telah menerap strategi kehidupan yang bersesuaian dengan persekitaran ekonomi, sosial dan politik yang pesat berubah.,The background of this research is based on the issue that the implementation of land development schemes for the economic development of Sarawak has changed the life of minorities in rural areas. Government aspiration to achieve modernization has an impact on the traditional system, which practiced for generations. The key indicator of modernity is economic growth, which inseparably related with efficient land use, thus making land as a primary production asset in Sarawak. Therefore, the land development process involving land acquisition on a large scale for the purpose of large-scale agriculture has pushed the Seping community into a rapid socio-economic and cultural transition. Transition that involves a change from total reliance on land and natural resources as livelihood resources into a more diversified approach will be evaluate in order to dismantle how the Seping has able to develop sustainable livelihood strategies. The economic activities, lifestyles and livelihood strategies are outlined in the study to explain how the Seping develop a sustainable livelihood strategy. In this study, Sustainable Rural Livelihood Approach (SRLA) conceptual framework is used as a method of analysis. Qualitative approach is used in which research data are historical and subjective. Data collections consist of observation, interview, focus group interviews, and library and archival research. Unit of analysis in this study are individuals and households in the Seping settlements at Long Koyan, Ulu Belaga where the fieldwork was carried out from April until May 2011. The findings showed that almost every Seping household involved in livelihood strategies that combine subsistence agricultural activities and cash economy to survive. The implications of land development activities have resulted in decreasing of natural resources and lack of land for farming, increasing number of migration to urban areas among the younger generation and diversification in terms of economic activity that focuses on the cash economy. In a situation where land is their main asset, the Seping combine their assets such as natural resources, economic capital, human capital and social capital to survive. The various strategies adopted by the Seping to survive in the rapid development shows that they possess a dynamic mechanism to adapt their lives in any situation. Even though, the Seping are not actively involved in the commercialization of agriculture to improve their livelihood, they have nevertheless adopted the most appropriate alternative livelihood strategies in the rapidly changing economic, social and political environment,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
dc.rightsUKM
dc.subjectmasyarakat Seping
dc.subjectLand use
dc.subjectMalaysia
dc.subjectSarawak.
dc.titleKesan pembangunan tanah terhadap strategi kehidupan masyarakat Seping di Ulu Belaga, Sarawak
dc.typetheses
dc.format.pages131
dc.identifier.callnoHD111.D365 2013 tesis
dc.identifier.barcode002114
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84830+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.52 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.