Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460741
Title: | Pelancongan budaya di Malaysia : merekonstruksi konsepnya dan analisis keberadaan produk budaya Melayu |
Authors: | Zulayti Zakaria (P43726) |
Supervisor: | Mohamed Anwar Omar Din Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Heritage tourism Malaysia Culture and tourism Malaysia |
Issue Date: | 18-Oct-2011 |
Description: | Kajian ini berusaha merekonstruksikan pengertian pelancongan-budaya Melayu, ciri-ciri budaya Melayu berhubung dengan industri pelancongan, halangan keberadaan budaya Melayu dalam sektor industri ini dan bagaimana pembangunan produk budaya Melayu berlaku. Sumber kajian terdiri daripada data yang dikutip daripada observasi lapangan, laporan rasmi pelbagai agensi kerajaan, Rancangan Lima Malaysia, bahan promosi pelancongan, brosyur dan temubual intensif dengan tokoh-tokoh berwibawa dalam bidang-bidang berkaitan. Didapati pelbagai pihak baik dalam kalangan penggubal dasar, pelaksana pembangunan dan para penyelidik dalam bidang pelancongan sendiri masih skeptikal tentang konsep pelancongan-budaya dalam konteks Malaysia amnya dan pelancongan-budaya Melayu khususnya. Kajian ini menghujah bahawa konsep pelancongan-budaya di negara ini boleh dikonstruksikan secara konkrit dan dapat diselaraskan dengan konsep yang terdapat dalam korpus ilmu pengetahuan yang sudah terbina dalam disiplin pengajian pelancongan universal dengan cara merumuskan definisi 'pelancong' dan 'industri-industri pelancongan' yang terdapat dalam Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482). Dengan bertunjangkan Akta tersebut pelancongan-budaya boleh didefinisikan dari dua sisi. Pertama, sebagai pelancongan yang dicirikan oleh daya tarikan terdiri daripada perkara-perkara yang diklasifikasikan sebagai aspek-aspek budaya. Kedua, sebagai jenis pelancongan yang dicirikan oleh dorongan seseorang pelawat mengunjungi ke sesebuah destinasi kerana faktor budaya. Selanjutnya, kajian ini mendapati kehadiran budaya Melayu dalam sektor industri pelancongan bukanlah secara organik atau secara natural sebaliknya dibawa masuk oleh pihak kerajaan. Ini kerana ciriciri budaya Melayu tidak begitu kuat untuk menjadi daya tarikan pelancong kerana ia berpecah-pecah mengikut kelompok suku-kaum dan negeri sehingga tidak wujud kesatuan imej yang bersepadu. Di samping itu, aspek-aspek budaya Melayu tidak dapat berada dalam sektor industri pelancongan dengan begitu mantap kerana hampir seluruh sektor industri ini dimiliki dan dikuasai oleh entiti-entiti bukan-Melayu. Sehingga ke hari ini keberadaan produk budaya Melayu dalam sektor ini hanya berlaku selepas Merdeka melalui intervensi atau peranan agensi-agensi kerajaan.,This study is an effort to construct the meaning of Malay cultural-tourism, the characteristics of Malay culture that affiliated with tourism industry, obstacles to its involvement in the industry, and how its development endeavored. Sources of the enquiry are data collected from field observations, official reports of various government agencies, the Malaysia's Five Year Plans (since its First in 1963), tourism promotion materials, brochures and intensive interviews with authorized persons in this field. It is found that policy makers, development implementers, in fact scholars in this field are still skeptical about the concept of cultural-tourism in Malaysian context in general and of Malay cultural-tourism in particular. It is argued that a concrete concept of culturaltourism and could be synchronized with the existing cultural-tourism concept in the body of knowledge of universal tourism discipline could be constructed by formulating the definitions of 'tourist' and 'tourist industries' in Tourism Industry Act 1992 (482 Act). Accordingly, based on this Act, in Malaysian context cultural-tourism could be defined from two perspectives. First, it is a type tourism which is characterized by cultural attractions. Second, it is a type of tourism where the choice for travelling is induced by cultural factors. This study also found that the Malay culture is not strong enough to become an important tourist product because it is fragmented corresponding to their respective sub-groups within the Malay communities, and also to their States. Further more, the Malay cultural aspects are not strongly stay-foot in the tourism industry because almost the whole tourism industry is owned by none-Malay entities which do not give space to the Malays. To the date the existence of the Malay culture in this sector began since Independence, and its penetration is through the intervention of government agencies.,Master/Sarjana |
Pages: | 223 |
Call Number: | G156.5.H47Z835 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84199+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.13 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.