Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460739
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zaini Sakawi, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Lukman Ismail (P67494) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-20T03:49:34Z | - |
dc.date.available | 2023-09-20T03:49:34Z | - |
dc.date.issued | 2016-06-02 | |
dc.identifier.other | ukmvital:82978 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460739 | - |
dc.description | Kajian ini membincangkan tentang pencemaran bau yang wujud daripada operasi ladang ternakan di sekitar Negeri Selangor. Objektif pertama kajian ini bertujuan menilai persepsi penerima sensitif terhadap pencemaran bau dari ladang ternakan. Kedua, mengukur konsentrasi gas dan bau. Ketiga, menganalisis pengaruh konsentrasi gas dan bau yang wujud. Kajian melibatkan tiga kawasan iaitu ladang ayam, kambing dan lembu. Metod kajian terbahagi kepada dua iaitu kaedah soal selidik dan pengukuran di lapangan secara in-situ dalam lingkungan 500 meter dari ladang ternakan. Sebanyak 12 stesen persampelan dipilih sebagai lokasi cerapan. Pengukuran bau dilakukan menggunakan alat Odour Concentration Meter XP-329 III Series sementara cerapan gas melalui alat VRAE Multi-Gases Monitor dan Toxic Gases Monitor TG 501 Series. Data direkod pada lima sesi iaitu pagi, tengahari, petang, malam dan tengah malam pada hari biasa. Hasil kajian persepsi menunjukkan lebih 87 peratus responden dari setiap ladang ternakan mengalami episod pencemaran bau. Kesan penerimaan bau didapati berbeza ke atas jantina, umur dan tempoh keterdedahan. Waktu puncak bau berlaku pada sesi pagi di ladang ayam dan lembu iaitu 65.3 peratus dan 37.7 peratus manakala di ladang kambing berlaku pada waktu malam iaitu 40.3 peratus. Sementara pengukuran bau di sumber menunjukkan bacaan paling tinggi di ladang lembu (238 ou/m3) diikuti ladang kambing (199 ou/m3) dan ayam (184 ou/m3). Bagi konsentrasi gas, ladang ayam merekodkan kehadiran gas Ammonia (NH3) dan Hidrogen Sulfida (H2S) paling tinggi pada waktu petang, sementara ladang kambing pada waktu petang dan malam. Seterusnya bacaan gas di ladang lembu pula lebih tinggi pada tengahari dan malam. Keseluruhannya, kajian ini merupakan medium menyalurkan maklumat mengenai pencemaran bau yang wujud dari ladang ternakan serta kesannya ke atas penerima sensitif. Kajian seperti ini boleh dijadikan panduan sebagai perletakan lokasi, jenis operasi dan pengurusan ladang ternakan yang lebih lestari.,Sarjana Falsafah | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pencemaran bau | |
dc.subject | Haiwan | |
dc.subject | Ladang ternakan | |
dc.subject | Odors | |
dc.title | Perbandingan konsentrasi dan intensiti bau daripada operasi ladang ternakan haiwan di negeri Selangor | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 147 | |
dc.identifier.callno | QP458.L855 2016 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82978+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.57 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.